Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, October 22, 2013

Jualan di IPTA.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Tiap kali tulis entry mesti kami minta maaf sebab lambat update. Maafkan kami ek... Memang kami tidak cukup tangan. Bagi customer kami yang terpaksa kami menolak tempahan anda, kami mohon sejuta kemaafan juga. Bukannya apa, kami cuma tak mahu nanti terlalu terkejar-kejar, kualiti kerja kami tidak seperti yang di harapkan. Kami memang memandang tinggi akan kualiti kerja kami... Insya Allah lain kali kita berurusan lagi...

Entry kali ni seperti yang telah kami suarakan sebelum ini ialah berkaitan dengan JUALAN DI IPTA. Kami bukannya memilih IPTA tersebut tetapi ianya adalah permintaan dari pelajar di sana. Lebih kurang macam menjadi agen kami la... Dengan kata lain. semua berpeluang join Jualan kami ini. Tapi dalam masa yang sama, mereka turut menjana ekonomi a.k.a duit poket mereka. Satu usaha yang cukup baik!!!

1st IPTA yang bertuah itu ialah Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Insan yang perlu korang jumpa ialah adik kesayangan kami sendiri iaitu Mursyidah Mustafar . Kalau student di UMT berminat dengan koleksi kami boleh terus berjumpa Syida. Kami mulakan dengan koleksi Paper Clips kami kerana ianya mendapat tempahan yang luar biasa. So, siapa yang cepat, dia dapat!!!!

Ini dia koleksi TERHANGAT DI PASARAN kami... PAPER CLIPS! Kami still keluarkan design Butterfly & Cinta Hati. Then kami tambahkan 3 design baru iaitu Rice Cake Couple, Sweet Bird & KeyLock! Nampak gayanya warga UMT menjadi 1st customer merasmikan design terbaru kami ini...
Jemput zoom satu persatu... (^_^)


Kod : PC011013
Paper Clip Butterfly.
Design ini memang akan terus MELETUP!!! Ke mana sekali pun, design ni takkan mati. Sentiasa mendapat sambutan ramai. Kami tampilkan dengan hiasan yang simple agar tidak nampak terlalu serabut...


Kod : PC021013
Paper Clip Rice Cake Couple. 
Design baru ni kami datangkan dengan pasangan Rice Cake. Swet sangat-sangat kan? Takkan manusia je nak berpasangan, Rice Cake ni pun nak berpasangan juga.

Kod : PC031013
Paper Clip Cinta Hati.
Paper Clip ini pun tidak di telan zaman. Almaklumlah, semua suka berkasih sayang. Kali di hadiahkan kepada yang tersayang sebagai pengganti diri, confirm si dia akan selalu tersenyum & teringatkan kita...

Kod : PC041013
Paper Clip KeyLock.
Design baru dari kami. Sambil-sambil guna paper clip KeyLock ni sambil-sambil nyanyi lagu 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu'...hehehehe 

Kod : PC051013
Paper Clip Sweet Bird.
Ini juga design baru dari kami. Comey je kan. Kami memang suka dengan design ini. Insya Allah iannya bakal menggegar dunia juga...chewaahhhh!!! Kami datangkan dengan 12 warna yang berbeza...

Oleh itu warga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) boleh terus deal dengan si cantik manis Mursyidah Mustafar . Grab cepat selagi stock masih ada. Sesiapa yang berminat juga (di luar kawasan UMT) boleh terus membuat tempahan melalui kami. Stock adalah terhad.

Korang boleh terus order melalui ORDER FORM kami di blog, melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun PM kami di FB. Insya Allah kami cuba respond dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca entry kami kali ini (^_^)

enjoy shopping & crafting with us....

2 comments :

  1. Lamanya tak datang sini. Maaf ya.

    Munirah guna big shot ke nak buat bentuk tu sume?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama, lama x BW blog Ainim...maaf gak ek...busy sikit =(
      sy xguna big shot pun, just guna manual je...gunting2 je...hehhehe

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)