Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, November 15, 2013

Tempahan Keychain dari Ika & Kak Yang ~Ipoh...

Assalamualalaikum & Salam Sejahtera...

Kami di QasehMuslimah-Munirah kembali dengan koleksi keychain kami lagi pada kali ini. Sebenarnya masa kami agak terhad dengan hendak menyiapkan beberapa tempahan customer kami yang lain serta kami cuba untuk pelbagaikan lagi produk kami... Insya Allah kalau tiada aral, kami akan cuba release awal tahun 2014 nanti...

Kami tidak mahu terlalu terburu-buru. Maklumlah, setiap apa yang kita lakukan perlu ada perancangan. Dan sampai ke hari ini Alhamdulillah DIA sentiasa permudahkan, permurahkan & perluaskan rezeki kami. Biarpun pelbagai rintangan & dugaan kami kami perlu tempuhi. Kami juga bersyukur setidak-tidaknya dengan hasil kerja keras kami ini, kami mampu menambah aset kami & menyelesaikan apa-apa yang patut... Alhamdulillah (^_^)

Tiba-tiba pula kami agak sensitif kan...hehehehehe... Biasalah, hidup di bumi ALLAH s.a.w ni memang banyak dugaannya. Tapi apa yang perlu kita ingat, DIA tidak akan uji kita dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi... Kuatkan semangat & sentiasa berserah kepadaNya..

Berbalik kepada tujuan sebenar kami update entry pada hari ini. Kami cuba juga curi-curi masa untuk update apa jua koleksi kami yang telah di tempah oleh setiap customer kami. Biarpun dah biasa tengok tapi sebagai tanda penghargaan untuk semua customer kami, kami cuba masukkan dalam entry kami ini. Keychain pada kali ini adalah dari Ika (FB: Nurul Atikah Abu Bakar ) & Kak Yang (FB: Laily Natasya ).

Kod : KC031113
Keychain nama group K-Pop 'SHINEE' & 'SUJU'... Biasalah peminat-peminat K-Pop di kalangan student sekarang. Kami tambahkan seri sedikit dengan bling bling butterfly!!!

Kod : KC041113
Keychain kali ni pun lebih kurang sama dengan keychain K-Pop yang mula-mula tadi. Cuma kali ni pemilihan nama 'SHINEE' & 'WORLD'... (^_^)

Kod : KC051113
Keychain LoVe ini kami turut masukkan fiber. Nama empunya keychain ialah 'CHIKI'... Kami harap Chiki berpuas hati dengan hasil kerja kami...

Kod : KC061113
Keychain LoVe 'ZILA' ini adalah 100% pemilihan warna dari empunya tuannya. Kami menambahkan lagi seri keychain dengan blong bling Love comey tu..

Kod : KC071113
Keychain LoVe 'MYZA'... Glamour kau nama Myza...!!! Keychain kali ni memilih gabungan warna yang cukup feminim...

Kod : KC081113
Keychain LoVe 'SOFIYA' pula memilih warna pink terang & di serikan dengan tulisan baby blue & kuning... Memang nampak begitu menyerlah!

Ini antara koleksi keychain kami. Buat pengetahuan korang semua, Ika & Kak Yang adalah salah seorang agen aktif kami. Tempahan dari mereka memang sangat-sangat kami nantikan kerana kadang-kadang kami terima list tempahan sampai 20 ~ 30 pcs keychain SAHAJA!!!! Itu tidak campur dengan koleksi yang lain... Alhamdulillah... Rezeki kami & mereka juga...

Kami juga ingin maklumkan di sini, sebolehnya jika korang ingin membuat tempahan melebihi 30 pcs, sila inform kami awal-awal. Kami minta maaf sangat-sangat jika kami terpaksa menolak tempahan korang. Kami juga perlu manage masa kami untuk menyiapkan tempahan customer kami yang lain... Tolong ek...

Ok, jika berminat untuk membuat tempahan boleh terus ke ORDER FORM kami di blog ini. Boleh juga melalui page kami & email qasehmuslimah.munirah@gmail.com... Insya Allah kami cuba reply message korang dalam masa 24 jam... (^_^)

Terima kasih kerana luangkan masa singgah & komen di blog kami ni...
enjoy shopping & crafting with us....

2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)