Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, February 18, 2014

Hadiah untuk Arish.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, ada kesempatan untuk kami update entry hari ini. Ramai bertanyakan kami kenapa senyap je? Kami tak sihat ke? Maklumlah, sekarang ini musim sakit. Tambahan pula musim kemarau... Di Ipoh & area rumah kami memang tahap panas sangat sampaikan kami fikir 10 kali untuk keluar...
Sebenarnya kami alhamdulillah sihat. Cuma kami super duper busy menyiapkan tempahan customer kami. Kalau korang ada follow page QasehMuslimah-Munirah , FB Munirah Mustafar & Intagram kami di eira_eppy, korang dapat tengok & tahu perkembangan koleksi & kami dari masa ke semasa.

Untuk 1st entry bagi bulan Febuari 2014 ni, kami hendak share dengan korang semua tempahan yang telah kami terima dari sahabat till Jannah kami iaitu Nor Hainim . Tempahan kali ini ialah keychain untuk baby boy nye yang cukup-cukup aktif, Arish!!! Katanya keychain ni nak di letakkan di bag barang-barang Arish... Proses menyiapkan keychain Arish tidak lama...

ni selepas selesai proses gunting menggunting! Dalam kepala dah plan nak susun camne tapi bila dah siap gunting tiba-tiba lak rasa macam merong!!! hehehehe... Lastly, decide susun macam ni...

Kami jahitkan semua yang di gunting-gunting tadi di atas kain felt warna hitam sebagai background. Nama ARISH kami memilih warna biru & turqoise (sesuailah dengan baby boy kan???) then MOM tu kami pilih warna hijau pucuk pisang, light green & hijau kuning... Memang menyerlah sangat-sangat! Pemilihan baju sebagai hiasan & bentuk hati di tengah-tengahnya. Sebagai simbolik menandakan kasih sayang seorang Emak kepada anak teruna nya sentiasa bersama. Butang oren tu sebagai hiasan semata-mata (^_^)

Kod : KC010214
 
Lastly kami tambahkan foam kuning bagi menonjolkan lagi keychain Arish ni.  Siap!!!! Terus terbang kepada tuan nya... Amacam, cantik tak??? Start dari hiasan hinggalah tulisan tu kami kemaskan dengan jahitan tangan dari jari jemariku ini...hehehehe...

Jika korang berminat untuk membuat tempahan atau discuss sebarang perkara berkaitan dengan koleksi kami ini boleh terus PM kami di page atau FB kami. Boleh juga terus email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ... Tempahan juga boleh di lakukan melalui Order Form kami di blog ini..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korang membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

2 comments :

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...insya Allah nnt sy akn BW blog awk lak (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)