Wednesday, January 29, 2014

Headband Untuk Si Manis.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama kami menghilang ek... Sebenarnya kami begitu busy dengan menyiapkan tempahan-tempahan yang kami terima. Tambahan pula keadaan kami yang kurang sihat maka menambahkan lagi kemalasan & tidak larat untuk update blog mahupun page kami... Ada 2,3 kali kami just update melalui Instagram je...

Tak sangka dah sampai ke penghujung Januari 2014. Rasa macam baru je masuk tahun 2014!!! Alhamdulillah, awal tahun ni DIA kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah. Tidak pernah putus... Semoga rezeki anak akan menyusul pula nanti.. Insya Allah, korang semua tolong doa-doa kan kami ek (^_^)

Hari ini kami nak update berkaitan dengan Headband. Rasanya agak lama koleksi headband kami menyepi. Tempahan headband kali ni datangnya dari Kakak kami sendiri. Dia menghadiahkan headband tersebut kepada Kakak Iparnya yang baru mendapat baby girl yang comey & sihat... Yang penting baby sentiasa sihat!!!

Kod : HB 010114
Inilah dia rupanya headband yang telah kami siapkan. Memang simple & sweet!!!! Hanya menggunakan 3 kuntum bunga mawar berwarna smokey pink, purple & baby blue. Kami tambahkan serinya dengan 2 helai daun & tapak berwarna orange yellow! Di tengah-tengan kuntuman setiap bunga mawar kami hiaskan dengan mutiara cute tu! Cantik kan???

Comey sangat2!!!! Ini gambar yang telah di hantar kepada kami. Kalau kami di kurniakan rezeki zuriat nanti, macam-macamlah kami akan sediakan untuk baby kami nanti. Semua koleksi kami berkaitan dengan barangan baby, dah ada modelnya...hehehehehe...

Baiklah, jika korang berminat dengan koleksi kami ni boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah  . Boleh juga membuat tempahan melalui Order Form kami di blog ini. Melalui email kami pun boleh di qasehmuslimah.munirah@gmail.com .

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entry kami kali ini...

enjoy shopping & crafting with us....

10 comments :

  1. si manis comel! i'm following u from
    http://aliyahsyofia.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehehe...mmg comey sgt2...
      suka tgk baby girl pakai headband... (^_^)

      Delete
  3. haa.. comel sgt headband tu.. zam suka

    ReplyDelete
  4. Comel hb nya...ank sy xleh pkai hb lelama, nak tarik je kja nya, last2 mls dh nak beli, hehe

    http://www.ibuzara-corner.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby aktif sgt tu...
      tapi suka kalau tengok baby girl bgaya ngan headband..nmpk sweet!!!

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)