Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, June 2, 2014

1 Tempahan 6 Koleksi.. Awesome!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah tertunai hajat hendak update Blog pagi-pagi ni. Rasa dah lama sangat tak update. Gambar koleksi-koleksi kami yang masih belum update pun still beratur dalam harddisk kami. Masa memang tidak mencukupi tapi kami cuba juga manage dengan sebaiknya...

Entry pada hari ini agak meriah kerana customer kami ini bukan sahaja membuat tempahan 1 barang tapi 6 barang dari kami. Kebetulan pula kami menerima tempahan pillow yang banyak pada masa yang sama. Alamatnya bersilat juga kami menyiapkan tempahan customer kami ini sehingga hasilnya seindah ini... Jom singgah satu persatu!

(1) Card Holder, Keychain & Phone Charm.
Combo Minion.
a) Card Holder : CH010614
b) Keychain : KC010614
c) Phone Charm : KCHP010614

Kami ada menyediakan ready made Combo ini sebelum ini. Antara ramai-ramai customer kami yang membeli combo tersebut adalah Iyka ni... Benda cantik memang kena cepat kan!!

(2) Minnie Pillow
Kod : PL010614
Nama : NUR MAYESSA LUTHFIYA (Turquoise)
Hiasan : Baby Cloth & Minnie Mouse
Warna : Putih + Brown Polcadot

Cantik kan??? Kami pun suka dengan Pillow ni. Terutamanya gambar Minnie Mouse tu. Kami jahit manual 100% tau. Kami memang sangat-sangat berpuas hati!!!

(3) Casing Handphone Chanel.
Kod : CHP010614
Logo : Chanel (Yellow Orange)
Hiasan : Button
Warna : Royal Blue

Casing Handphone kali ini memang simple. Just menggunakan Logo Chanel sahaja serta bahagian belakangnya kami menyusun button yang pelbagai warna bagi menambahkan lagi ciri-ciri exclusive casing ini...

(4) Headband
Kod : HB010614
Tulisan : LUTHFIYA (Turquoise)
Bunga : Melur 2 layer (Royal Blue + Pink)
Bunga : Mawar (Pink Smokey)
Getah Headband : Purple

Kod : HB020614
Tulisan : LUTHFIYA (White + Black)
Bunga : Mawar (Red + Green Smokey)
Getah Headband : Red

2 jenis headband yang menjadi pelengkap hiasan untuk baby Luthfiya. Semoga baby happy menggayakannya selalu. Kami juga menerima gambar dari Iey Ka semasa dia menggayakan headband kami ini... 
Cute & comey kan?? Geramnya bila tengok... Siap posing dengan muka yang selamba macam tu... Sweet baby... Thanks Iey Ka & Luthfiya...

Okey, inilah semua tempahan yang kami terima dari Iey Ka . Semoga hasil kerja kami ini dapat menggembirakan semua. Insya Allah kami akan cuba upgrade hasil kerja kami dari masa ke semasa...

Jika korang berminat untuk membuat tempahan, boleh PM kami melalui page QasehMuslimah-Munirah. Juga boleh email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com juga... Jika di Blog, boleh terus menggunakan Order Form kami. Ataupun just WhatsApp kami di no 011-24274941... Semuanya hanya di hujung jari korang...

thanks sebab sudi luangkan masa korang membaca entry kami pada hari ini...
enjoy shopping & crafting with us...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)