Thursday, May 22, 2014

Hello Kitty & Froggy Keychain.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Apa khabar kepada semua customer & followers kami..? Kami alhamdulillah sihat cuma kadang kala sahaja kesihatan terganggu. Biasalah bila busy sampai waktu rehat & makan pun terganggu...

Kita biarkan bab kesihatan terganggu tu. Pada bulan ini maybe kami banyak tumpu kepada koleksi keychain kami. Pada setiap bulan, confirm kami akan terima tempahan keychain dari customer-customer kami yang budiman. Ada tempahan sempena konvokesyen, untuk di jadikan sebagai doorgift, untuk hadiah hari jadi & macam-macam lagi.

Keychain kali ini memang comey sangat-sangat!!!! Kami pun suka sepanjang menyiapkan keychain ini. Memang kami sediakan 1 set untuk kami sendiri... Sambil-sambil menyiapkan order customer, sambil-sambil kami siapkan untuk kami...hehehehe...

Kod : KC060514
Keychain Hello Kitty
Tulisan : ALWAYS SMILE  (Turquoise)

Kod : KC070514
Keychain Froggy
Tulisan : SPACY SENSEI (Brown & Soft Yellow)

Customer kami ini seorang guru. Alhamdulillah, pelbagai peringkat & golongan yang berminat dengan koleksi kami. Korang apa tunggu lagi???
Jika berminat dengan design keychain kami yang sedia ada, just PM kami bersama dengan Kod pilihan anda. Tapi kalau korang ada idea korang sendiri, boleh juga terus PM kami.. Kita boleh discuss untuk jadikan impian korang tu satu realiti!!! Chewahhhhhh!!!!

Bagaimana nak buat tempahan??? Cukup senang & semestinya di hujung jari korang...
  1. Menggunakan ORDER FORM di Blog kami ni.. (di bahagian paling bawah Blog kami)
  2. Menggunakan email kami iaitu qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  3. Menggunakan Private Message di Page kami QasehMuslimah-Munirah
  4. Menggunakan WhatsApp di No : 011-24274941
Cukup senang... Tapi kalau kami lewat reply tu, faham-faham lah ek... Kadang kala kami cuba fokus bagi menyiapkan tempahan yang sedia ada so kami tak online sangat. Maybe petang-petang atau malam baru kami jenguk sekejap-sekejap... Jangan marah ek... Mohon memahami (^_^)

Oklah, terima kasih sudi luangkan masa korang membaca entry kami kali ini...

enjoy shopping & crafting with us...

2 comments :

  1. saya tengah siapkan button badge utk wedding kakak saya. guna felt juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...selamat menyiapkan button badge tu... (^_^)
      mesti rasa bangga & happy sgt bila tgk org guna hasil kerja kita kn...good luck!!!

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)