Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, May 12, 2014

Keychain Awesome dari kami...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua customer & followers kami...

Alhamdulillah, kebetulan pagi ni kami perlu siapkan beberapa WorkOrder/Invoice untuk customer kami yang telah confirm order mereka. So, kami mengambil kesempatan yang ada ini untuk update Blog sekejap. Sebab lepas ini Insya Allah kami super duper busy bagi menyiapkan tempahan yang telah di terima...

Agak memeranjatkan pada Bulan ini apabila kami menerima beberapa orang customer yang cukup senang berurusan samada dari segi tempahan & pembayaran. Kami baru sahaja send WorkOrder/Invoice & dalam proses menyiapkan WorkOrder/Invoice customer lain, mereka dah WhatsApp memaklumkan bahawa bayaran telah di lakukan. Alhamdulillah... Semoga DIA permudahkan juga segala urusan kalian & kita... Amin... Terima kasih semua... Kami akan cuba siapkan tempahan kalian dengan jayanya (^_^)

Bagi entry pagi ni, di temani dengan deraian hujan di luar...chewah!!! hehehehe... Kami nak share tentang koleksi keychain kami. Tempahan dari Agen kami iaitu Nurul Atikah dari Ipoh, Perak. Jika korang check beberapa entry kami sebelum ini, Nurul Atikah ni memang antara agen aktif kami.
Tempahan keychain pada kali ini sepertimana design kami yang lain. Design yang sentiasa menjadi pilihan No. 1 customer kami...

Kami sengaja ambil gambar semasa dalam proses macam ni. Nampak comey lah plak!!! Tapi kalau dah siap nanti mesti lagi comey kan?? hehehehe

Kod : KC010514
Keychain LoVe (Kuning)
Tulisan : PAEH & LIEYA (Green Leaf & Smokey Pink)

Kod : KC020514
Keychain LoVe (Purple + Smokey Pink)
Tulisan : AMIN (Smokey Pink) & HUSNA (Dark Purple)

Kod : KC030514
Keychain LoVe (Hitam)
Tulisan : NISA & IZWAN (Smokey Pink + Pink Cream)

Kod : KC040514
Keychain LoVe (Purple)
Tulisan : ZAIN & HUSNA (Smokey Pink + Soft Pink)
Kod : KC050514
Keychain Panjang Bantal (Smokey Pink)
Tulisan : FIQ & FUZA (Purple + Baby Blue)

Mesti korang cakap, design ni lagi... ALahai, apalah daya kami jika ini yang di minta oleh customer kami.. Walau apa sekalipun, Alhamdulillah, rezeki dari Nya. Biarpun simple tapi tetap menjadi pilihan ramai.

Jika korang berminat, boleh terus PM kami di Page QasehMuslimah-Munirah ataupun email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun terus WhatsApp kami. Paling senang pun terus je isi Order Form kami di Blog ni. Sangat mudah!!!
Insya Allah kami akan cuba reply semua pertanyaan & tempahan korang secepat mungkin. Almaklumlah, sekarang kami dah start busy so maybe ambik masa sikit...

Terima kasih kerana korang sudi luangkan masa korang singgah di Blog kami ni...
enjoy shopping & crafting with us....

6 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)