Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, May 4, 2014

Idea untuk Hadiah kepada Yang Tersayang???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Ramai yang PM kami bertanyakan kenapa lama sangat bercuti dari update Blog ni??? Apa koleksi terbaru dari kami?? Facebook & Page pun agak menyepi je... Jawapan secara rasminya dari kami (Chewah...macam buat press conference lak kan..)

" Kami perlu menyiapkan semua order Bulan April sebelum masuk bulan Mei. So, tumpuan tu memang 100% pada menjahit & menyiapkan tempahan customer. Supaya kami tidak pening kepala pula nak siapkan order Bulan Mei yang sedang menunggu... Tambahan pula suami saya agak kurang sihat minggu ni so saya juga memberi tumpuan sepenuhnya & 100% kepada suami tersayang... Nasib baik semua order Bulan April dah siap! "

Macam itulah ceritanya. Maaf banyak-banyak kepada semua jika kami lambat reply setiap mesej kalian. Kami hanya online bila sempat sahaja & sekejap-sekejap. Family comes 1st!!!!

Kami menerima banyak pertanyaan tentang hadiah untuk HARI IBU & HARI GURU baru-baru ini. Pada pendapat kami, semua koleksi kami sesuai di jadikan hadiah untuk mereka kerana ianya exclusive giteww!!! Tempahan anda adalah special untuk mereka... Kan exclusive tu! Ada juga yang bertanyakan contoh Brooch dari kami. Kalau korang semua sempat jenguk-jenguk album kami di Blog & Page, memang banyak sangat Brooch. So, kesempatan yang ada ini kami update lagi sekali antara koleksi Brooch kami...

Brooch ini kami menggunakan kain cotton & hiaskan dengan mutiara comey tu. Brooch Batik & Brooch Polcadot... Bila kain batik di jadikan Brooch, dari situ nampak betapa kayanya seni Melayu itu sendiri... Cukup EXCLUSIVE & sesuai sangat-sangat dijadikan sebagai hadiah...

Ini pula antara warna-warna Brooch Polcadot kami. Tapi yang ini kami hiaskan dengan Bunga Kristal. Maklumlah, sesetangah orang berminat dengan benda kelip-kelip macam ini & setengah orang suka yang mutiara... Brooch ini kami siapkan dalam bentuk bujur & kalau korang perhati betul-betul, Brooch Polcadot untuk gambar pertama kami juga sediakan bentuk kelopak bulat! Tapi ia tetap menarik & semestinya EXCLUSIVE!!! 

Brooch 100% dari felt... Brooch bunga Mawar di beri nama. Untuk menaikkan seri Brooch Bunga Mawar ini kami selitkan dengan mutiara penuh. Memang nampak sweet sangat-sangat... Siapa berminat??? Boleh PM kami sekarang!

Brooch Bunga Melur 2 layer ini kami juga hiaskan dengan mutiara bulat. Simple & Sweet!!! Kalau nak order warna lain pun boleh, insya Allah kami sedia menerima... Apa yang penting, terus PM kami sekarang...

Ini pun Brooch Bunga Melur. Cuma kami design lain sikit iaitu menggunakan warna yang di selang seli untuk 5 kelopak ni serta menggunakan hiasan butang yang pelbagai bentuk.. Cantik kan???

Pada pendapat kami, semua koleksi kami sesuai di jadikan hadiah untuk yang tersayang. Antara koleksi kami selain Brooch ialah :-
  • Casing Kotak Tisu.
  • Casing Tisu Poket.
  • Keychain.
  • Pillow.
  • Bookmark.
  • Card Holder.
  • Keychain Handphone.
  • Multipurpose Casing.
  • Paper Clip.
  • Frame.
  • Selendang, Shawl, Telekung Lycra & Handbag (ready stock).
  • Headband & Handband.
  • Hair Clip.
Korang juga boleh tempah koleksi dari kami di mana korang sendiri design atau daripada gambar-gambar yang korang suka. Insya Allah kita akan discuss sedikit sebanyak & jadikan impian korang satu realiti serta sama-sama menggembirakan orang yang tersayang... Insya Allah...
So, apa tunggu lagi??? PM kami sekarang...

thanks sebab luangkan masa korang membaca Blog kami pada kali ini...
enjoy shopping & crafting with us....

2 comments :

  1. Very interesting article, I really enjoyed every article of this blog, and I learned a lot from here. Thank you for sharing with us. Visit my blog dofollow auto approve http://goo.gl/31NAio.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your lovely comments... (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)