Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, May 3, 2018

Selamat Mengundi!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Korang semua busy ke? Almaklumlah sekarang kan tengah musim perang untuk mengundi! Yang balik untuk mengundi di laman kampung sudah beli tiket ke belum?

Kami dah siap-siap beli tiket balik Kelantan dah... Alhamdulillah, dapat tiket. Suami kami mengundi di Ipoh, Perak. Manakala kami di Kelantan. Biarpun kami budget nak naik bas malam tapi boleh pulak tak sampai 24jam tiket bas ke Kelantan SOLD OUT!!! Nak naik flight memang tak lahhh.... Kami tak berapa gemar sangat naik flight. Lagipun dari Ipoh nak ke KLIA memang makan masa lama gak, berpetak punggung ni!!!!


Anyway, kami di sini dengan besar hatinya mengucapkan SELAMAT MENGUNDI & MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA!!!

Ingat... Undian kita ini adalah penentu masa depan untuk kita, keluarga, generasi, agama serta negara kita!!! Jangan kerana kita terikut-ikut dengan orang lain, terlalu kejar benda yang belum pasti, membuatkan kita memilih menggunakan emosi!

Jagalah tingkah laku kita, etika kita... 

Selamat Mengundi semua...
Semoga kita semua di lindungi, diberkati serta dipermudahkan segalanya...
Pertahankan hak kita... Jangan sampai terlepas di tangan orang lain... Ini bumi kita, tanah kita...


2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)