Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, January 13, 2012

Makluman Penting...

Salam semua...
Ini adalah satu makluman yang kami terpaksa umumkan secepat mungkin. Ini kerana kami menerima tempahan HEADBAND yang di luar biasa. Maka, oleh itu kami terpaksa hentikan tempahan headband yang menggunakan GETAH HEADBAND yang cute ini. 
GETAH HEADBAND ni out of stock
Kami betul2 minta maaf atas segala kesulitan ini. Namun, korang boleh membuat tempahan headband lagi melalui kami. Tetapi GETAH HEADBAND yang lain kami gunakan. Ini bukan sebarangan getah headband tetapi getah yang berkualiti, texture halus & tahan lasak. Semua ini telah terbukti dengan tempahan yang berlipat kali ganda yang telah kami terima.
AVAILABLE
contoh GETAH HEADBAND wrna hitam, saiz 5.5cm
Kami perkenalkan 2 saiz :-

a) Saiz 4cm - sesuai di gunakan kepada baby berumur 2 tahun & ke bawah. (warna : hitam)
b) Saiz 5.5cm - sesuai di gunakan kepada baby@kanak-kanak berumur 2 tahun & ke atas. (warna : hitam & putih).

Kelebihan getah headband ini ialah ianya memang benar-benar tahan, halus & amat sesuai di padankan kepada baby dan kanak-kanak... Memang korang akan puas hati...

Enjoy shopping with us....

Handmake Craft : Tempahan dari Puan Saadiah.

Assalamualaikum...
Kami kembali lagi dengan koleksi yang cukup hebat. Pada hari ini juga kami post kan koleksi keychain kami yang telah di tempah oleh Puan Saadiah a.k.a Cik (panggilan kami pada beliau). Kenapa panggil Cik? Sebabnya walaupun beliau bergelar puan namun beliau tetap ceria & muda... hehehehe... (awet muda tu... kena minta petua ni...)
Koleksi keychain pada kali ni agak simple tapi unsur-unsur menarik & cantik serta bermutu tetap menjadi keutamaan kami.

Bahagian Depan Keychain.

Ini adalah keychain yang telah kami siapkan. SYAFIQAH nama yang agak panjang, so Cik memilih untuk menggunakan keychain berbentuk segi empat panjang. Untuk mendapatkan bentuk yang lebih exclusive, kami menjadikan bentuk segi empat tersebut kepada mengikut lengkok tulisan tersebut... Sungguh menarik!!!

Bahagian Belakang Keychain.

Ini pula adalah pandangan dari bahagian belakang keychain tersebut. Cik mahukan yang simple sahaja, tak sesak sangat. So kami jahit manik bunga diatas felt bebentuk bunga. Kami tambahkan seri dengan jahitan bintang dan alur yang nampak sweet...

Korang berminat untuk memiliki keychain seperti ini. Kami promosikan kepada anda dengan harga hanya RM 4.00 sahaja. Semuanya hanya di hujung jari anda sahaja. Isikan ORDER FORM dan submit kepada kami.
Korang juga boleh hantar komen di ruang komen di blog, FB dan email. Keep in touch with us... Kami akan cuba memberikan khidmat yang terbaik untuk korang semua...

Enjoy shopping with us....

Thursday, January 12, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Midah.

Assalamualaikum semua...
Apa khabar? Diharap korang semua happy di pagi2 yang cerah ini. Sepanjang bulan ni kami kena OT sebab nak kejar due date tempahan yang telah kami terima. Time rezeki datang melimpah2 ni, kena kerja kuat. Duit & rezeki tidak datang bergolek melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa merungut... Ye tak???
Kalau sebelum ni kami banyak terima tempahan headband (sekarang pun tempahan headband sentiasa bersilih ganti...) tapi kali ni kita ubah angin sikit. Untuk pengetahuan korang, koleksi kami yang lain juga mendapat sambutan yang amat baik namun kami masih menunggu turn untuk update dalam blog ni.
Keychain juga mendapat sambutan hangat dari customer kami. Ada yang nak design simple, ada lak yang nak design lain dari lain. So, hari ni kami update salah satu keychain yang telah kami siapkan.

Abang Leman a.k.a suami Kak Midah
Kak Midah a.k.a isteri Abang Leman
Keychain ni bukan ada dua tau tapi just 1 je... Bahagian depan adalah nama Kak Midah manakala bahagian belakang pula nama Abang Leman. So sweet... Lebih kurang 2 hati menjadi 1... chewahhhhhh...


Pada korang yang teringin keychain seperti ini, jangan tangguh2 lagi. Just isi ORDER FORM & submit kepada kami.

Ini adalah antara jawapan kepada sesetengah soalan yang kami terima :-
- Bentuk adalah tidak terhad. Maknanya kalau korang nak bentuk bintang ke, bulat ke, segitiga ke, panjang ke, apa2 bentuklah, just inform kami... InsyaAllah kami cuba jadikan ia satu realiti yang bermakna untuk korang.
- Untuk pilihan warna juga, kami tidak terhadkan. Semuanya di hujung jari anda (rujuk kod warna kami).
- Bilangan huruf pun mainkan peranan. Sebagai contoh, bentuk HATI ni (mcm di atas), paling maximum 5 huruf je yang sesuai. Kalau lebih, di nasihati menggunakan bentuk yang lain... Kalau banyak sangat, tak cantik!

Okeylah, kalau korang berminat jangan lupa isi ORDER FORM di bawah. Ada apa2 kesulitan berkaitan dengan koleksi kami, korang boleh hubungi kami di FB, email & ruangan komen yang di sediakan. Semuanya hanya di hujung jari, cukup mudah!!!

Terima kasih kerana menyokong kami...

Enjoy shopping with us....