Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, January 12, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Midah.

Assalamualaikum semua...
Apa khabar? Diharap korang semua happy di pagi2 yang cerah ini. Sepanjang bulan ni kami kena OT sebab nak kejar due date tempahan yang telah kami terima. Time rezeki datang melimpah2 ni, kena kerja kuat. Duit & rezeki tidak datang bergolek melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh tanpa merungut... Ye tak???
Kalau sebelum ni kami banyak terima tempahan headband (sekarang pun tempahan headband sentiasa bersilih ganti...) tapi kali ni kita ubah angin sikit. Untuk pengetahuan korang, koleksi kami yang lain juga mendapat sambutan yang amat baik namun kami masih menunggu turn untuk update dalam blog ni.
Keychain juga mendapat sambutan hangat dari customer kami. Ada yang nak design simple, ada lak yang nak design lain dari lain. So, hari ni kami update salah satu keychain yang telah kami siapkan.

Abang Leman a.k.a suami Kak Midah
Kak Midah a.k.a isteri Abang Leman
Keychain ni bukan ada dua tau tapi just 1 je... Bahagian depan adalah nama Kak Midah manakala bahagian belakang pula nama Abang Leman. So sweet... Lebih kurang 2 hati menjadi 1... chewahhhhhh...


Pada korang yang teringin keychain seperti ini, jangan tangguh2 lagi. Just isi ORDER FORM & submit kepada kami.

Ini adalah antara jawapan kepada sesetengah soalan yang kami terima :-
- Bentuk adalah tidak terhad. Maknanya kalau korang nak bentuk bintang ke, bulat ke, segitiga ke, panjang ke, apa2 bentuklah, just inform kami... InsyaAllah kami cuba jadikan ia satu realiti yang bermakna untuk korang.
- Untuk pilihan warna juga, kami tidak terhadkan. Semuanya di hujung jari anda (rujuk kod warna kami).
- Bilangan huruf pun mainkan peranan. Sebagai contoh, bentuk HATI ni (mcm di atas), paling maximum 5 huruf je yang sesuai. Kalau lebih, di nasihati menggunakan bentuk yang lain... Kalau banyak sangat, tak cantik!

Okeylah, kalau korang berminat jangan lupa isi ORDER FORM di bawah. Ada apa2 kesulitan berkaitan dengan koleksi kami, korang boleh hubungi kami di FB, email & ruangan komen yang di sediakan. Semuanya hanya di hujung jari, cukup mudah!!!

Terima kasih kerana menyokong kami...

Enjoy shopping with us....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)