Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, January 6, 2012

Handmake Craft : Tempahan dari Kak Ira.

Assalamualaikum...
Hai kawan2 semua. Apa khabar? Salam Tahun Baru... Maaf kami dh lama tak update FB dan blog ni... Banyak sebabnya... Main problem, kami busy sgt2... Sejak kami lancarkan BOM PROMOSI Y.E.S ni, tidak henti2 order kami terima... Alhamdulillah...
2nd main problem kami, internet lak wat hal... Geram betul! Dah bayar pun boleh buat perangai lagi... 3rd main problem lak, kami ngah dalam proses tukar opis...hehehehe...
Okeylah, kali ni kami nak update pasal tempahan yang telah kami siapkan. Ini adalah tempahan dari Kak Ira. Sebelum ni Kak Ira ada order headband juga & ini adalah order susulan... Cuma kali ni, Kak Ira tempah 4 headband terus... Kami bangga dapat customer macam Kak Ira... Terima kasih Kak Ira...

1) Headband khas untuk QASEH.
Kali ni kami menerima tempahan headband yang kebanyakannya untuk baby di beri nama QASEH...! Nama ni memang sweet & suka di dengar & di sebut. betul tak??? (mcm nama blog kami jg... senang di sebut & suka di dengar!!). Getah headband warna hitam menjadi pilihan & bunga mawar di jadikan perhiasan di tepi. Cukup sempurna!

2) Headband khas untuk CHINTA.
Chinta... Nama yang semakin menjadi sebutan selepas QASEH... Kali ni menggunakan konsep yang sama. cuma warna bunga sahaja berlainan. Namun, tetap menarik & nampak gah! Pasti Chinta akan menjadi tumpuan ramai...

3) Headband khas untuk ALYA.
Headband untuk Alya juga sama konsepnya dengan headband QASEH & CHINTA. Cuma pada kali ini pemilihan warna untuk nama & bunga berlainan. Pemilihan warna pada nama ALYA menampakkan tulisan tersebut timbul & cantik... (QASEH & CHINTA pun nampak timbul juga...perasan tak???). Butang di tengah2 bunga kami memilih kombinasi putih + jingga supaya lebih nampak menonjol... Menarik sangat2!!!

4) Headband khas untuk HANIE.
Headband yang terakhir tempahan dari Kak Ira pula ialah untuk HANIE. Still dengan konsep yang sama & pemilihan warna yang berlainan. Namun pemilihan yang cukup bijak dari Kak Ira. Sekali tengok, terasa macam nak pegang & pakai je..hehehe..

Amacam? Cantik tak koleksi kali ni. Harap korang akan lebih teruja & dengan produk kami pada kali ini. Jangan lupe, promosi kami masih terbuka sehingga 31 JANUARI 2012... Korang bolehlah membuat tempahan dari kami sementara peluang masih terbuka luas...
Jika perlukan sebarang jawapan pada kesulitan korang, bolehlah join FB kami, email kami & taip di ruang komen. InsyaAllah kami akan cuba merungkai apa yang membuat korang serabut tu...
Nak buat tempahan? Just fill our ORDER FORM... So easy...

Enjoy shopping with us...

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)