Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, January 31, 2013

Handmake Craft : Tempahan Dari Kak Ros (TM Teluk Intan)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami masih lagi dalam emosi bercuti. Lama tidak balik rumah keluarga di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Rindu rasanya... Kesempatan cuti  yang panjang ni, husband bawa balik Kelantan. Alhamdulillah, tenang terasa... (^^)

Baiklah, cuti pun cuti jugak. Tapi blog tetap update... Nama pun business sendiri. Kalau kita kerja lebih maknanya lebih lah income masuk! Iye tak?

Entry kita pada kali ini masih lagi berkaitan dengan Telekom Malaysia Berhad. Kali ini tempahan yang kami terima daripada Kak Ros. Keychain Telekom Malaysia kali ini agak kecil sikit saiznya. Kami lakukan sedikit perubahan atas tempahan yang kami terima. Kak Ros mahukan keychain Telekom Malaysia yang saiz kecil sikit je dari yang biasa kami buat. Yang lain semuanya sama. Cuma tulisan 'Teluk Intan' tu kami ubah sikit coraknya.

Ini 2 contoh keychain Telekom Malaysia. Yang sudah bergantung besi keychain adalah yang biasa kami siapkan sebelum ini. Yang sebelahnya pula adalah tempahan dari Kak Ros. Semua sama cuma saiznya di kecilkan & tulisannya kami lentukkan macam tu. Anyway, keychain ini tetap cantik & cute!!!

Kami di QasehMuslimah-Munirah berharap Kak Ros happy dengan hasil kerja kami. Nanti bolehlah order lagi.. (^^)

Kalau ada apa-apa kesulitan, korang boleh contact kami di email, FB & ruangan komen di blog kami ni. Kalau hendak order, just fill our ORDER FORM...

Enjoy crafting & enjoy with us...

Friday, January 18, 2013

Handmake Craft : Tempahan dari Chor (TM Teluk Intan)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah dekat seminggu rasanya tak update blog kan? Maaflah... Kami agak busy! My husband sibuk dok outstation, saya lak sibuk dok ngadap order-order yang perlu di siapkan & akaun yang tak siap2 lagi... En.CEO dh tunggu2... ~sabar ek en.CEO, xsempat nak siapkan!~

Tambahan pula, dah 3 minggu badan ni rasa macam tidak sihat, lenguh2! Agaknya sebab dok ngadap order2 smpai xberkelip. Maklumlah, nak kejar due...

Sambil2 nak update blog ni, kami jenguk2 juga geng2 blogger yang lain.. Macam si cantik manis Fatin Liana update tentang abangnya yang dah kawen! Si Fatin Suhana yang pandai bergaya dengan entry terbaru yang agak menyentuh hati... Blog2 memasak pun jenguk gak untuk cr idea masak nanti... Macam2 lagilah... Siapa cakap bila ber blog xboleh bersosial secara positive?

Erm, dah jauh melencong dah tu! Pada kali ini kami update lagi tentang Keychain Lambang Telekom Malaysia... Memang agak panas keychain ini, menjadi trend lak! Kali ini kami terima tempahan dari Chor pula. Dia test order sebanyak 5 unit dahulu! Kami begitu hargai kepercayaan En.Chor kita... Terima kasih banyak2... En.Chor adalah salah seorang staf Telekom Malaysia Berhad di Teluk Intan.

Keychain Telekom Malaysia Berhad ~ Teluk Intan
Kami cuba hasilkan yang terbaik bagi memastikan customer kami berpuas hati 200%! Alhamdulillah, setakat ini kami terima feedback yang positive dari customer kami... (^^)

Siap 100% khas utk En.Chor
Kami juga ada terima tempahan dari jabatan lain untuk mendapatkan keychain seperti keychain TM ni. InsyaAllah nanti kami akan update kat korang. 
Design & warna tidak semestinya 100% sama macam keychain ni. Korang boleh buat pilihan korang. Lepas tu kita bincang apa yang ok ngan tak ok... Ok?

Kalau korang berminat, buat tempahan sekarang melalui ORDER FORM kami. Hendak tanya apa-apa, boleh contact kami melalui email, FB & ruangan comment di blog ini. Kami akan cuba yang terbaik untuk kami & korang!

Enjoy crafting & shopping with us.........

Thursday, January 10, 2013

Handmake Craft : Tempahan Mr.Mohan ~ Keychain Telekom Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua kengkawan ku? Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan untuk update blog & FB kami. Banyak perkara yang hendak kami share dengan korang semua tapi kami tak mahu kelam kabut sangat. So, kita buat step by step...

Pada minggu lepas, kami ada update post tentang keychain Telekom Malaysia (TM) yang telah di hadiahkan kepada student practical di TM Teluk Intan (Klik di sini). ~ klu korang nak gak hadiah keychain TM ni, meh lah wat praktikal di TM Teluk Intan (^^) ~
Dan selepas itu, kami telah menerima tempahan dari staf TM sendiri. Pada kali ini kami menerima tempahan sebanyak 10 unit keychain TM! Alhamdulillah, syukur padanya. Terima kasih kepada Mr.Mohan kerana percaya kepada khidmat kami. Nanti bolehlah order lagi ek...

Ini antara gambar2 KEYCHAIN TELEKOM MALAYSIA yang sempat kami ambil.

time ni dah 70% proses siap!
Alhamdulillah, dah 100% siap! Cantik tak?
Terbaik dari kami...
Kami mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menyiapkan keychain ni. Maklumlah, pada minggu tersebut kami agak busy dengan persiapan perkahwinan adik ipar. So, kerja kena selang seli lah...

Sampai kini kami masih lagi mendapat tempahan dari staf Telekom Malaysia untuk mendapatkan keychain ini. Terima kasih kepada warga staf TELEKOM MALAYSIA TELUK INTAN kerana support kami.

Bagi korang yang mengidam keychain seperti ini (tapi lambang tu kami akan jahit mengikut jabatan korang lah), boleh tempah sekarang dari kami. ORDER FORM kami sentiasa menunggu tempahan korang!

Keychain Telekom Malaysia

Untuk sebarang tempahan, korang guna kod ini :-

Kod : KYCH Lambang
Harga : RM 3.50/unit
# klu pembelian melebihi 20 unit, harga jualan adalah RM 3.45/unit
# klu pembelian melebihi 50 unit, harga jualan adalah RM 3.30/unit
 Sebarang komen @ pertanyaan, korang boleh contact kami di email, FB dan ruangan komen di blog ini. Hingga kita berjumpa lagi...

Enjoy crafting & shopping with us....