Enjoy shopping & crafting with us..

Wednesday, January 29, 2014

Headband Untuk Si Manis.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lama kami menghilang ek... Sebenarnya kami begitu busy dengan menyiapkan tempahan-tempahan yang kami terima. Tambahan pula keadaan kami yang kurang sihat maka menambahkan lagi kemalasan & tidak larat untuk update blog mahupun page kami... Ada 2,3 kali kami just update melalui Instagram je...

Tak sangka dah sampai ke penghujung Januari 2014. Rasa macam baru je masuk tahun 2014!!! Alhamdulillah, awal tahun ni DIA kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah. Tidak pernah putus... Semoga rezeki anak akan menyusul pula nanti.. Insya Allah, korang semua tolong doa-doa kan kami ek (^_^)

Hari ini kami nak update berkaitan dengan Headband. Rasanya agak lama koleksi headband kami menyepi. Tempahan headband kali ni datangnya dari Kakak kami sendiri. Dia menghadiahkan headband tersebut kepada Kakak Iparnya yang baru mendapat baby girl yang comey & sihat... Yang penting baby sentiasa sihat!!!

Kod : HB 010114
Inilah dia rupanya headband yang telah kami siapkan. Memang simple & sweet!!!! Hanya menggunakan 3 kuntum bunga mawar berwarna smokey pink, purple & baby blue. Kami tambahkan serinya dengan 2 helai daun & tapak berwarna orange yellow! Di tengah-tengan kuntuman setiap bunga mawar kami hiaskan dengan mutiara cute tu! Cantik kan???

Comey sangat2!!!! Ini gambar yang telah di hantar kepada kami. Kalau kami di kurniakan rezeki zuriat nanti, macam-macamlah kami akan sediakan untuk baby kami nanti. Semua koleksi kami berkaitan dengan barangan baby, dah ada modelnya...hehehehehe...

Baiklah, jika korang berminat dengan koleksi kami ni boleh terus PM kami di page QasehMuslimah-Munirah  . Boleh juga membuat tempahan melalui Order Form kami di blog ini. Melalui email kami pun boleh di qasehmuslimah.munirah@gmail.com .

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entry kami kali ini...

enjoy shopping & crafting with us....

Thursday, January 16, 2014

Koleksi HOT dari oven!!!!

Assalamualaikum & Salam Sejatera...

Makin ligat kami, tiap-tiap hari ada sahaja koleksi yang keluar/release!!! (^_^) Seperti mana kami pernah inform di page QasehMuslimah-Munirah sebelum ini, kami akan cuba siapkan seberapa banyak kuantiti koleksi ready stock! Ini kerana pada tahun 2013, kami terpaksa tolak banyak sangat order yang urgent! Kalau TOP URGENT memang kami tidak akan ambil sebabkan kami hendak menjaga kualiti koleksi kami. Yang URGENT tu selalunya memerlukan masa 1 minggu sahaja tetapi dalam kuantiti yang banyak. So, kami terpaksa tolak. Insya Allah kami cuba improve untuk tahun 2014 ini.

Entry semalam juga Kami Serbu Kok Lanas, Kelantan adalah stock readymade!!! Jangan tersalah tafsir pula... Boleh dapatkan koleksi keychain semalam dari agen kami di Kok Lanas & juga dari kami... Nak yang customize pun Insya Allah boleh. Tapi kami memerlukan masa sedikit...
Kali ini kami release koleksi COMBO kami pula. 1 set dengan 1 harga... Semestinya yang cukup berpatutan... Jom kita terjah!!!!

 ~Combo 1 : Minion~
Kod : CB010114
Including :-
- Card Holder.
- Keychain.
- Keychain Handphone.

 ~Combo 2 : Minion Batman~
Kod : CB020114
Including :-
- Card Holder.
- Keychain.
- Keychain Handphone.

 ~Combo 3 : Minion Black Widow~
Kod : CB030114
Including :-
- Card Holder.
- Keychain.
- Keychain Handphone.

 ~Combo 4 : Minion Flash~
Kod : CB040114
Including :-
- Card Holder.
- Keychain.
- Keychain Handphone.

Untuk pakej Combo tu kami sediakan semuanya watak utama Minion!!! Comel sangat-sangat kartun ni. 1st time kami tengok cerita ni masa balik rumah di Wakaf Che Yeh! Then, adik kami yang no.4 Masturah, cadangkan kami jahit koleksi Minion ni... Good idea my sis!!!
Then, kita ke keychain readymade lak. Memang cute sangat2... Jom terjah lagi!

Cupid Egg!! cantik & cute... Boleh juga di jadikan hadiah kepada yang tersayang & juga doorgift perkahwinan ataupun apa-apa majlis. Kita zoom satu persatu...

~Keychain Cupid Egg~
Kod : KC240114
Warna : Smokey Pink, Turquoise, Black & Printed Felt.

~Keychain Cupid Egg~
Kod : KC250114
Warna : Soft Brown, Green, Light Purple, Black & Dark Purple.

~Keychain Cupid Egg~
Kod : KC260114
Warna : Baby Blue, Nevy Blue, Black & Grey

~Keychain Cupid Egg~
Kod : KC270114
Warna : Grey, Black Grey, Light Brown, Black & Dark Brown.

Yang last ni tentang Card Holder sepertimana card holder combo kami. Kalau hendak tempah mengikut design permintaan pun boleh. Insya Allah kami cuba siapkan dengan kualiti yang terbaik dari kami. Card holder ni amat-amat kukuh & bergaya di padankan!!!

~Card Holder : Minion Flash~
Kod : CH010114

~Card Holder : Minion~
Kod : CH020114

~Card Holder : Minion Batman~
Kod : CH030114

~Card Holder : Minion Black Widow~
Kod : CH040114

Berdebar-debar tak tengok koleksi readymade kami kali ni??? Semuanya limited edition!!!! Siapa cepat die dapat... Semuanya 100% handmade & jahitan dari kami sendiri. Dari start hendak lukis pattern hinggalah step yang terakhir. Semuanya 100% kami lakukan secara manual!!! Sebab itulah tingginya nilai handmade ni...

Jika berminat, cepat-cepat PM kami di page QasehMuslimah.Munirah .Boleh juga menggunakan ORDER FORM di blog ini atau email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com .. Semuanya hanya di hujung jari anda!!!

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini...

enjoy shopping & crafting with us....

Wednesday, January 15, 2014

Kami Serbu Kok Lanas, Kelantan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami hendak share dengan semua customer & followers kami, terutamanya yang tinggal berdekatan dengan Kok Lanas, Ketereh, Kelantan Darul Naim...
Kami telah melantik seorang agen kami di sana. Kawasannya sangat-sangat berdekatan dengan Politeknik Kota Bharu!!! So, kepada student-student Politeknik Kota Bharu, kalau berminat dengan hasil felt craft kami boleh singgah di kedai agen kami. Dalam masa yang sama juga, korang semua boleh juga order customize dari kami... Kedai agen kami berada di alamat seperti tersebut :-

PT 5236-D,
Taman Pinggiran Atira 2, Kok Lanas,
16450 Ketereh,
Kelantan Darul Naim.

Kedai agen kami ini berada dalam kawasan taman di mana student Politeknik Kota Bharu menginap. Rumah sewa student yang berlambak kat area situ so amat-amat senang untuk semua terus menapak ke sana... Tuan punya kedai bernama Kak Fatin (FB : Fatin Qistina Mohd Razali ) & Abang Wadi (FB: Wadi Idraw Wadiidraw ). Ini antara koleksi keychain kami yang sempat kami hantar ke sana. Insya Allah kami akan cuba pastikan stock kami sentiasa bertambah & tidak putus. 

Ini adalah semasa proses menyiapkan semua keychain-keychain readymade kami untuk di hantar ke Kedai Kak Long & Abang Wadi.

Kod : KC140114
Keychain Cup Cake (Yellow, Dark Brown & Soft Brown)
Tulisan : CUTE (Nevy Blue)
Hiasan : Glitter Butterfly

Kod : KC150114
Keychain Cup Cake (White, Dark Brown & Soft Brown)
Tulisan : LOVE (Pine Green)
Hiasan : Glitter Butterfly

Kod : KC160114
Keychain LoVe (Dark Brown & Smokey Pink)
Tulisan : SWEET (Blue)
Hiasan : Bunga Kristal

Kod : KC170114
Keychain Love (Gold, Dark Brown)
Tulisan : SMILE (Yellow Green)
Hiasan : Bunga Kristal

Kod : KC180114
Keychain Cute Owl (Orange, Turquoise)
Tulisan : LOVE (Green)

Kod : KC190114
Keychain Cute Owl (Yellow, Dark Purple)
Tulisan : CUTE (Nevy Blue)

Kod : KC200114
Keychain LoVe Butterfly (Pine Green, Orange)
Tulisan : SWEET (Purple)
Hiasan : Bunga Kristal

Kod : KC210114
Keychain LoVe Froggy (Green, Yellow)
Tulisan : SMILE (Black)

Kod : KC220114
Keychain Flowers (Grey, Pink)
Hiasan : Butang 4segi

Kod : KC230114
Keychain Flowers (Smokey Pink, Yellow Green)
Hiasan : Butang 4segi

Amacam, berminat tak? Menjadi kelebihan kepada customer kami di area Kok Lanas dimana mereka semua boleh terus mendapatkan keychain-keychain kami ini di Kedai Agen kami iaitu di kedai Kak Fatin & Abang Wadi... Buat pengetahuan korang juga, Kak Long & Abang Wadi juga ada menjual jualan runcit keperluan diri & rumah. So, kepada student Politeknik Kota Bharu, sambil-sambil korang beli barang-barang keperluan korang apakata korang shopping juga koleksi Felt Craft kami (^_^)



Ini adalah pandangan luar di Kedai Kak Fatin & Abang Wadi di Kok Lanas. Kalau jumpa, jangan lupe singgah. Ada pelbagai barangan keperluan seperti ini...

Barang-barang keperluan seharian...

Tak lupa juga koleksi kami tetap join sekaki!!!!

Bagi customer kami di luar kawasan Kok Lanas, boleh terus membuat tempahan kepada kami. Tempahan boleh di lakukan melalui PM kami di page QasehMuslimah-Munirah , menggunakan ORDER FORM kami di blog ataupun mesej ke email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com. Sungguh mudah!!!

Terima kasih luangkan masa membaca entry kami kali ini...

enjoy shopping & crafting with us....