Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, December 1, 2014

Keychain Konvo untuk Sahabat!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Lambat sikit update Blog kali ni. Almaklumlah, musim tak berapa sihat. Dah habis cara nak tahan badan dari sakit tapi apakan daya, DIA nak buangkan segala dosa-dosa kecil kami. So, dah nak masuk 1 minggu batuk-batuk, selesema & sakit tekak. Kadang-kadang berkahak & demam manja-manja (^_^) ... Dugaan... Alhamdulillah DIA sayangkan hambaNya yang kerdil ini..

Petang-petang macam ni terfikir 2,3 kali juga nak online. Di area rumah kami ni time petang macam ni dah start hujan+angin+guruh+petir...Risau juga bila nak online. Kebetulan cuaca hanya mendung so ambil kesempatan sekejap update apa-apa yang patut!!

Entry kali ini kami nak share dengan korang berkaitan dengan KEYCHAIN KONVO dari koleksi kami. Untuk makluman semua, kami tiada sediakan koleksi ready stock lagi buat masa ni. Sebabnya tak tercapai tanganku nak siapkan ready stock & order customer sekaligus!!! So, semua entry kami adalah tempahan yang telah selamat sampai kepada tuannya.. 

Koleksi : Keychain Konvo
Kod : KC011214
Hiasan : Topi Konvo
Ini yang dah siap...100% complete...semoga hasil kerja kami ini dapat memberi kepuasan & kegembiraan kepada mereka yang konvo pada hari tersebut. Insya Allah...
Bagi korang yang turut sama berminat untuk menempah koleksi kami boleh terus contact kami. Koleksi kami bukan sekadar keychain comey macam ni tapi ada banyak lagi & semua boleh korang check dalam Blog kami ni..

Jika ada sebarang pertanyaan juga jangan segan silu untuk terus bertanya kepada kami. Tapi awas, hanya yang berkaitan dengan koleksi kami ini sahaja kami akan layan. Selain daripada itu, kami minta maaf ek...
  • ORDER FORM dari Blog kami di bahagian paling bawah.
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  • WhatsApp kami di No : 011-2427 4941
Untuk makluman semua juga, kami akan online sehingga jam 11.00 malam (itu paling lewat la tu...). So, korang boleh contact kami dari jam 8.30pg (kadang-kadang jam 7.00pagi dah online..bergantung pada keadaan) hingga jam 11.00 malam.
Kalau hari Sabtu & Ahad, maybe kami banyak ada urusan luar. So, korang just PM kami dan kami akan cuba reply dalam masa 24 jam... Insya Allah...

Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca entry kami hari ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Tuesday, November 25, 2014

Berminat Untuk Menjadi Agen Dropship Kami???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami menerima banyak juga pertanyaan berkaitan dengan permohonan menjadi Agen Dropship koleksi kami. Kami memang terbuka dalam hal ini tetapi anda perlulah seorang yang bersemangat tinggi, mampu berdikari serta berfikiran jauh & komited !!! Maklumlah dalam business ni kita bermain dengan 1001 ragam kan... Kalau korang serius berminat, 1st step korang kena baca & faham terma & syaratnya dahulu.. 

Apa Itu Agen Dropship??
~ Kami membuka peluang kepada semua untuk menjadi agen dropship kami dengan tujuan dapat berkongsi keuntungan bersama. Agen kami hanya perlu mempromosikan koleksi kami & mendapatkan tempahan. Komisyen akan di kira berdasarkan setiap unit tempahan. Sesungguhnya ia amat menguntungkan anda bagi menambah duit poket anda

Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Agen Dropship Kami??
~ Daftarkan :-
  • NAMA PENUH :
  • ALAMAT PENUH :
  • NO. TELEFON :
  • EMAIL :
  • FB/BLOG : (bagi urusan pemantauan pihak QasehMuslimah-Munirah terhadap koleksi kami yang telah di publish).
~ Agen hendaklag follow Page FB kami di QasehMuslimah.Munirah & Blog kami di http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com.
~ Kami menyediakan 2 cara bagi menjadi agen kami. Agen hanya di benarkan memilih salah satu dari cara tersebut :-
  • 1st :- Agen terus membeli BORONG koleksi kami dengan harga Agen & terus membuat jualan. Harga jualan adalah tertakluk kepada budi bicara agen kami sendiri. Keuntungan adalah 100% dari usaha agen kami. Oleh itu, agen kami mempunya stok fizikal untuk di pamerkan & di jual kepada customer mereka. Dengan kata lain, customer mereka tidak perlu menunggu untuk mendapatkan koleksi tersebut.
  • 2nd :- Agen tidak perlu menyimpan stok fizikal kerana hanya merujuk gambar-gambar koleksi kami di Page FB & Blog kami untuk membuat promosi di kepada customer. Sebarang tempahan boleh terus PM & WhatsApp kami. Customer perlulah menunggu min 1 minggu untuk proses penerimaan tempahan (merujuk kepada kuantiti tempahan). Agen di nasihatkan mengumpul tempahan dalam masa 1 minggu bagi menjimatkan kos postage fee. Tempahan runcit tidak di galakkan.
Terma & Syarat-Syaratnya??
~ Untuk Agen Dropship, yuran keahlian tidak akan di kenakan. Tetapi Agen perlukan maintain tahap jualan di mana minimum jualan bulanan adalah RM 20.00 bagi setiap agen (tidak termasuk postage fee). Agen hendaklah komited, bukan semata-mata menjadi agen kerana ingin membeli untuk diri sendiri dengan menggunakan harga agen!
~ Pengeposakan hanya di lakukan pada hari ISNIN & KHAMIS pada setiap minggu sahaja. Pengeposan selain hari tersebut adalah berdasarkan pada keadaan, giliran tempahan & keadaan semasa sahaja setelah perbincangan di lakukan.
~ Tempoh minimum tempahan siap & akan di poskan selepas 1 minggu selepas penerimaan pembayaran. Tetapi tempoh semasa akan berubah bergantung kepada keadaan semasa & mengikut giliran menunggu.
~ Untuk confirm tempahan, Agen perlukan sertakan NAMA PENUH, ALAMAT PENGHANTARAN, NO. PHONE & Email/FB (untuk urusan penyediaan WorkOrder/Invoice). Di tegaskan di sini, Agen & customer perlukan pastikan Alamat Tempahan adalah betul & tepat bagi permudahkan urusan penghantaran.
~ Sila rujuk setiap unit harga tempahan dari QasehMuslimah-Munirah melalui PM kami di Page atau WhatsApp kami. Ini kerana jika terdapat penambahan hiasan atau design serta kuantiti melebihi 100 unit, harga turut berubah bergantung kepada penambahan tersebut.
~ Sila maklumkan kepada kami sekiranya tempahan siap hendak terus di pos kepada pelanggan atau pos kepada alamat agen terlebih dahulu.
~ Untuk harga postage fee, berat tempahan bagi 500grm ke bawah kami akan menggunakan POSLAJU MALAYSIA (Semenanjung RM 7.00/ Sabah & Sarawak RM 10.00). Bagi berat tempahan 500grm & keatas, kami akan menggunakan khidmat courier lain yang mengenakan charge postage fee paling rendah seperti Skynet, Citylink & etc.
~ Harga koleksi kami tidak termasuk postage fee. 

Nota Tambahan.
  1. Sebelum mendaftar menjadi agen kami, anda di nasihatkan membaca & memahami setiap terma & syarat terlebih dahulu.
  2. Pihak QasehMuslimah-Munirah akan cuba sedaya upaya untuk membalas email & PM anda dalam masa 24 jam. Ini kerana pihak kami juga terikat dengan urusan lain & pelanggan serta agen yang lain.
  3. Kami juga tidak menerima URGENT ORDER! Melainkan kami tidak terikat dengan tempahan yang full order.
  4. Jika pihak agen & pelanggan mempunyai design sendiri, boleh proceed design tersebut kepada pihak QasehMuslimah-Munirah. Pihak kami akan cuba siapkan mengikut design yang di beri setelah perbincangan di lakukan. Kami ingin tekankan di sini, jika design tersebut adalah hasil google dari website lain, kami tidak akan copy paste 100%, sedikit perubahan akan di lakukan sebagai tanda menghormati hasil idea crafter lain.
  5. Sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi kami di :-
     # ORDER FORM kami di Blog http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com
     # Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
     # PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
     # WhatsApp kami di no : 011-2427 4941 (online sehingga jam 11.00 malam sahaja).

enjoy shopping & crafting with us...
~Admin : QasehMuslimah-Munirah~

Wednesday, November 19, 2014

Headband Nur Mayessa Luthfiya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua customer, agen & followers kami??? Alhamdulillah atas segala rezeki yang DIA kurniakan kepada kita semua. Walaupun agak banyak perkara yang merunsingkan tapi berkat pertolongan dari-Nya, kita dapat melaluinya dengan baik... Amin..

Kami ada terima beberapa request untuk Year End Sale tapi buat pengetahuan semua, koleksi kami setiap tahun ada buat sale & promotion!!! Buktinya?? Harga koleksi kami tidak pernah kami naikkan & semestinya harga yang kami tetapkan adalah yang MAMPU MILIK & terbaik!!!!!!! Kalau beli banyak, kami siap bagi diskaun lagi... siapa lagi nak bagi semua tu??

Entry kali ni kami nak share tentang koleksi HEADBAND kami. Si kecil molek ni pakai memang nampak mengancam habis!! Memang pandai bergaya... Kalaulah si tenet ni duduk area rumah kami memang dah lama jadi model kami..hehehehe...

Tu dia... Gaya cute ada, ala-ala comey ada, ala-ala blur pun ada... Siapa yang mampu buat?? Hanya adik Nur Mayessa Luthfiya sahaja yang mampu... Cair akak tengok dik..hehehehe

Koleksi : Headband
Kod : HB011114
Getah Headband : Orange
Hiasan : Bunga Matahari

Koleksi : Headband
Kod : HB021114
Getah Headband : Turquoise
Hiasan : Bunga Gila-Gila

Koleksi : Headband 
Kod : HB031114
Getah Headband : Green.
Hiasan : Bunga Flat Berkelopak.

Koleksi : Headband
Kod : HB041114
Getah Headband : Purple
Hiasan : Bunga Pusing.

Okey, ada 1 lagi headband yang kami tiada simpan gambar yang sudah di zoom. Korang boleh rujuk gambar mula-mula tadi. Kod bagi headband tersebut :-

Koleksi : Headband
Kod : HB051114
Getah Headband : Merah
Hiasan : Bunga Mawar Pintal.

Okey, pandai tak adik kita ni bergaya??? Jawapan kami MEMANG SUPER DUPER PANDAI!!! Riak muka dia memang buat orang geram nak gigit-gigit.. comey sangat... Pandai Mama & Papa dia bari mood bergambar pada baby dieorang kan...

Kalau korang berminat menempah koleksi headband kami boleh terus contact kami melalui talian-talian yang berikut :-
  • ORDER FORM di bahagian paling bawah Blog ini.
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • PM kami di Page FB QasehMuslimah.Munirah
  • WhatsApp kami di No : 011-2427 4941
Untuk pengetahuan semua, kami menyediakan 2 jenis getah headband. 1 jenis adalah sepertimana gambar di atas & 1 jenis lagi adalah sedikit lebar ukurannya serta hanya berwarna hitam... Ada sebarang pertanyaan, boleh terus contact kami.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami...

enjoy shopping & crafting with us...