Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, December 21, 2012

Special Gift for You!

Assalamualaikum & Selamat Pagi...

Rasa dah lama tak update blog ni... Kami busy sikit, maklumlah nak kena bahagi masa dengan semua duty ni... hehehehe...
Seperti yang kami janjikan di awal-awal promosi kami ~

" Sesiapa yang menjadi pelanggan PERTAMA & membuat pembelian RM 50.00 & ke atas (dalam 1 resit), kami menyediakan SPECIAL GIFT untuk anda..."

Dan alhamdulillah, kami dengan bangganya mengumumkan empunya kepada Special Gift ini sudah kami jumpai... Dia memang semangat betul membeli sampaikan tiap2 hari tanya pasal special gift die...
PEMENANG SPECIAL GIFT Y.E.S 2012 jatuh kepada :-

NOR SAIDATUL AINA BT NOR HADI dari Putrajaya

Tahniah Atul & terima kasih kerana tidak jemu2 membeli koleksi kami!!!

Antara special gift yang telah kami pelawa kepada Atul untuk membuat pilihan adalah:-
i) Beg Simpan Syiling.
ii) Sarung Handphone.
iii) Sarung Harddisk.
iv)Sarung Bekas Tisu.

Dan Atul telah memilih SARUNG HARDDISK ini!


Cantik tak? So cute kan!

Buat pengetahuan korang, kami jual SARUNG HARDDISK ni dengan harga RM 15.00/unit. Kami tidak jual secara besar-besaran lagi kerana kami buka jualan untuk pelanggan di Ipoh & Teluk Intan terlebih dahulu. Jika di izin oleh-Nya, kami akan buka jualan kepada 1 Malaysia & Luar Malaysia pada awal tahun 2013 nanti...

"Atul nak jadi 1st customer luar dari Perak yang dapat sarung harddisk ni!" itulah kata-kata Atul apabila kami tanya kenapa dia memilih sarung handdisk ni sbg special gift dia.

Antara koleksi kami yang menyumbang kpd kejayaan (chewah!!!) Atul menjadi pemenang Special Gift kami adalah...
~ Headband Kod : HB03 - 1 unit
~ Headband Kod : HB09 - 1 unit
~ Headband Kod : HB11 - 1 unit
~ Keychain HP Kod : KCHP03 - 2 unit (katanya utk dia & husband ~sweet!)
~ Keychain HP Kod : KCHP05 - 1 unit
~ Keychain HP Kod : KCHP06 - 1 unit
~ Klip Rambut Kod : KLP01 - 2 unit
~ Klip Rambut Kod : KLP02 - 2 unit
~ Klip Rambut Kod : KLP03 - 2 unit
~ Klip Rambut Kod : KLP04 - 2 unit
~ Klip Rambut Kod : KLP05 - 2 unit
~ Klip Rambut Kod : KLP06 - 2 unit
~ Keychain Kod : KC05 - 1 unit

Semua sekali membawa jumlah RM 61.00 sahaja... Postage fee pula kami hanya charge 50% dari harga sebenar. Ini kerana sebagai tanda PENGHARGAAN kami kepada Atul yang sentiasa support kami.

Terima Kasih 1000 kali & tidak terhingga dari kami kerana percaya pada perkhidmatan kami. Dan kepada korang yang lain, tunggu Special Gift yang akan dtg... Sentiasa keep in touch dgn kami & mungkin anda pemenang kami yang seterusnya!


Enjoy shopping with us....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)