Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, November 26, 2013

Tempahan Keychain Super Over!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua... Alhamdulillah, 3 tempahan untuk barangan doorgift & bagde perkahwinan telah selamat kami pos hari ni. Insya Allah kalau tiada aral kami akan update tracking no malam ni juga. Bila 3 tempahan ni dah siap maknanya bolehlah rehat-rehat sikit. Doa & harapan kami semoga mereka berpuas hati dengan hasil kerja kami.. Amin...

Sambil-sambil rehatkan kepala & badan pagi-pagi ni sebelum start dengan tempahan yang lain, kami update entry jap. Keychain Super Over kau!!! Jangan jealous!!! hehehehe... Tempahan keychain yang kami terima kali ini agak banyak & memeningkan kepala. Sebabnya??? Biasalah bila deal dengan budak-budak sekolah, imiginasi mereka tu terlalu luas... Lastly kami pening & mereka turut pening!

Okeylah, tanpa buang masa & berceloteh banyak-banyak, jom kita terjah satu persatu koleksi keychain pada kali ini. Insya Allah, semoga dapat memberi inspirasi kepada kalian semua untuk terus ber crafting & berkreatif..

Kod : KC091113
Keychain Bantal Panjang SNSD... Di bahagian hadapan kami jahitkan huruf 'SNSD' & di bahagian belakang kami tampilkan hiasan dengan kain polcadot...cantik tak???

Kod : KC101113
Keychain Bantal Panjang lagi dengan kedua-dua belah depan & belakang di hiasi dengan jahitan tulisan nama 'AMALIA' & 'SJ'ELF'... simple & nice!
 
Kod : KC111113
Keychain LoVe bagi peminat tegar 'SNSD' ini... Memang betul-betul minat pada group dari Korea.. Di bahagian belakang pula kami hiaskan dengan LoVe & butang bercorak...
 
Kod : KC121113
Keychain LoVe kali ni memang menonjol dengan pemilihan warnanya. Dengan warna utama iaitu background putih cream & pemilihan warna bagi tulisan pula ialah pink & hijau pucuk pisang...Memang mengancam!!! terserlah nama 'EIYA' & 'LIEYA'..
 
Kod : KC131113
Keychain Bantal Panjang kembali lagi... Kali ini tidak perlu dengan pelbagai hiasan hanya cukup mainan warna sahaja. Memang cantik & menonjol dengan warna utama putih cream. Nama 'AFIQAH' di beri warna dark purple & 'MAK' pula warna turquoise..

Kod : KC141113
Keychain LoVe ini juga cukup menarik mata kami... Pemilihan warna utama iaitu baby blue. Untuk nama 'NUR' & 'DINI" pula berwarna pink... Cantik kan??

Kod : KC151113
Keychain LoVe ini juga sama macam yang atas tadi. Pemilihan warna utama baby blue serta warna bagi tulisan 'MARIS' & 'SA' ialah pink!
 
Kod : KC161113
Keychain LoVe kali ini agak berlainan dari yang lain. Untuk warna utama, kami menggunakan 2 warna iaitu warna cream & merah meroon... Kami olah sikit agak nampak lebih bergaya. Kemudian bagi tulisan, pemilihan warnanya adalah kuning untuk 'I' & baby blue untuk 'RA'..
 
Kod : KC171113
Keychain LoVe lagi. Soft pink di jadikan warna utama manakala warna baby blue pula menjadi pilihan untuk tulisan 'ABG' dan 'DIK'..
 
Kod : KC181113
Keychain LoVe ini juga menggunakan warna soft pink sebagai warna utama. Kemudian warna kuning & oren pudar di jadikan tulisan yang meriah ini.. 'MARI' & 'NAH' tetap nampak berseri!!
 
Kod : KC191113
Keychain LoVe ini pula memang begitu menyerlah!! Gabungan warna oren sebagai warna utama. Manakala tulisan 'SYA' di beri nafas dengan warna ungu & 'SHA' pula dark purple..! Cantik!!!
 
Kod : KC201113
Keychain LoVe untuk Riana pula menggunakan warna utama pink! Manakala untuk tulisan 'RI' & 'ANA' pula menggunakan warna kuning. Padanan warna yang baik!

Kod : KC211113
Keychain LoVe untuk 'ADK' menggunakan warna utama biru & tulisan pink.. Begitu juga dengan 'ABG', tetap menggunakan warna utama iaitu biru & tulisan pula pink. Sedikit hiasan kain polcadot di jahit sebagai penyeri.
 
Kod : KC221113
Keychain LoVe tetap juga menggunakan kain polcadot sebagai hiasan. Warna utama ialah kuning. Bagi tulisan 'SA' warna hijau pucuk pisang di gunakan manakala 'RAH' pula menggunakan warna baby blue.
 
Kod : KC231113
Keychain Bantal Panjang kali ini pula menggunakan warna biru sebagai warna utama/basic. Manakala warna kuning kehijauan pula digunakan untuk jahitan nama 'FAKHRUL' & 'SHAKIRAH'..
 
Kod : KC241113
Keychain Bantal Panjang ini pula seperti kita boleh lihat menggunakan warna pink sebagai warna basic. Kemudian untuk tulisan pula menggunakan warna baby blue & menyerlahkan lagi feminim 'NUR' & 'AISYAH'..
 
Kod : KC251113
Keychain Bantal Panjang ini juga menggunakan warna biru sebagai basic colour! Bagi tulisan 'LAI' & 'LA' pula menggunakan warna hijau pudar..
 
Kod : KC261113
Keychain Bantal Panjang ini pula memilih warna soft pink sebagai warna basic. Kemudian bagi warna tulisan 'SYA' pula menggunakan warna kuning & 'FIQAH' menggunakan warna baby blue... Tetap sweet & simple!!!

Amacam, terpikat tak??? Semoga kali ini memberi korang semua idea dalam pemilihan warna & design. Kami amat mengalu-alukan tempahan dari korang semua. Insya Allah kami sentiasa cuba mempertingkatkan kualiti koleksi kami...

Jika korang berminat, boleh terus ke ORDER FORM kami. Ataupun membuat pesanan melalui email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com & juga di FB/Page kami. Insya Allah kami akan cuba respond dalam masa 24 jam.
Terima kasih kerana luangkan masa korang membaca entry kami kali ni...

enjoy shopping & crafting with us....

4 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)