Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, December 9, 2011

Handmake Craft : Tempahan dari Fiqah.

Assalamualaikum...
Maaf sangat2 sebab lama tak update. Kami tidak berkesempatan. Kali ni kami 'di serang' dengan customer kami yang regular & customer baru...! (Alhamdulillah...) Mereka membuat tempahan headband. Ada yang nak hadiahkan kepada anak2 sendiri & ader yang hendak di hadiahkan kepada kawan2 serta family. Sekali sekala bagi anak2 melaram kan, apa salahnya...
Tapi kali ni kami tidak update headband lagi. Sebab gambar2 tak transfer dlm netbook lagi. InsyaAllah entry akan datang nanti kami try update kan... Tunggu ek...
Hari ni kami nak update keychain yang di tempah oleh Fiqah. Keychain berbentuk hati ni simple je tapi sweet la... Fiqah adalah customer baru kami. Ini adalah tempahan yang telah kami siapkan.

Side Depan


Side Belakang
Simple je kan? Tetapi memang sweet & comey sangat2. Bentuk & warna adalah 100% idea & permintaan dari Fiqah! Kalau korang perasan, sebelum ni kami ada jahit keychain lebih kurang macam ni. So, Fiqah berkenan sangat dengan keychain ni, cepat2 die order pada kami!
Korang bila lagi? Tempahlah cepat2 dari kami. InsyaAllah, kami akan pastikan korang happy & berpuas hati...
Jom kita zoom lagi sekali keychain ni tapi dalam background lain lak (' ',)

sweet & simple
Fiqah punye!!!





















Seperti biasa, sebarang tempahan bolehlah di buat di ORDER FORM yang kami letakkan di side bawah blog kami yang comey ni. Korang boleh juga bertanya khabar @ nak bersoal jawab dengan kami melalui FB & email kami. Jangan segan2, kami bersiap sedia 100% merungkai kemusykilan anda. Tempahlah sekarang!!!

Enjoy shopping with us...

Friday, December 2, 2011

Handmake Craft : Tempahan dari Makngah (Ipoh)

Assalamualaikum...
Kita jumpa lagi. Kali ni kami dapat luangkan masa lebih skit pada blog sebab tempahan yang urgent telah kami siapkan. Tempahan yang ada sekarang, empunya tuan kata tak perlu cepat2. Alhamdulillah, mereka faham keadaan kami. Maklumlah, kami berdua ni bukannya full time jahit felt ni. Just part time, untuk tambah duit belanja & hilangkan tension kerja je...
Okeylah, kali ni kami nak tunjukkan kat korang tempahan yang telah kami siapkan. Keychain ni sepasang tau. Untuk pasangan yang sudah bertunang & akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Ini adalah hadiah dari seorang ibu kepada anak & bakal menantunya.


Ini adalah keychain untuk bakal menantu Makngah. Bentuk 'love' kan sinonim dengan wanita, so Makngah memilih bentuk 'love' ni.
Side Depan
Side Belakang

 Ni pulak untuk anak teruna Makngah. Kali ni Makngah pilih bentuk bintang. Semoga anaknya bersinar bak bintang!!!
side Depan
Side Belakang

Sekarang kita zoom kedua2 keychain ni... Memang sepadan! Bagaikan merpati dua sejoli...!!! hehehehe... Kombinasi warna juga adalah 100% pilihan Makngah. Cantik kan????
Side Belakang
Side Depan
Baiklah, macam biasa. Kalau korang berminat dengan koleksi kami, just isi ORDER FORM di blog ni... Sebarang pertanyaan, korang bolehlah emailkan kepada kami @ just join FB kami...
Korang conform berpuas hati dengan kualiti koleksi kami... Kami menanti tempahan dari anda!

Enjoy shopping with us....

Thursday, December 1, 2011

Handmake Craft : Tempahan dari Lily Natasha

Assalamulaikum korang....
Apa khabar? Busy ke hari ni... Kali ni kami update lagi koleksi keychain kami... Mesti korang asyik tertanya2 kenapalah banyak sangat keychain daripada koleksi lain kan? Sebabnya, customer kami lebih prefer keychain untuk di jadikan hadiah & untuk koleksi peribadi. Tapi itu tidak bermakna koleksi2 kami yang lain tidak mendapat sambutan...
Anyway, kami di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada customer kami & korang semua yang sudi support kami....

Keychain ni di tempah oleh Lily Natasha. Bestkan nama die... Nama moden! Keychain yang pertama ni dia nak kami masukkan fiber. Jadi macam bantal lah. Bahagian depan & belakang dia mahu kami jahitkan nama die. So, inilah hasilnya... So cute!!!


Untuk keychain yang kedua, Lily berhajat hendak hadiahkan kepada Mak tersayang! Tapi kali ni die memilih untuk tidak memasukkan fiber. Secara jujurnya, kami suka keychain ni. Nampak sweet sangat & kemas! Terutama apabila perkataan 'EMAK' tu di jahit dengan felt warna pink & merah... Setuju tak?



Okeylah, kalau korang berminat, macam biasalah... Boleh isikan maklumat korang di ORDER FORM kami. Tapi kalau korang ada sebarang pertanyaan, bolehlah email kepada kami ataupun join FB kami...

Enjoy shopping with us....