Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, March 14, 2013

PROMOTION RM 1.00/pcs

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Firstly kami ingin mohon MAAF banyak-banyak kerana agak lewat melancarkan PROMOSI RM 1.00/pcs pada kali ini. Di sebabkan atas alasan-alasan yang tidak dapat kami elakkan maka kami terpaksa tangguh beberapa kali promosi ini. Walau apa sekalipun, kami tetap lancarkan & berpegang kepada janji kami.

Kami melancarkan promosi ini adalah sebagai salah satu tanda penghargaan kami kepada semua customer & follower kami. Alhamdulillah, jualan kami pada 1st quarter ni agak memberangsangkan so kami berbesar hati melancarkan promosi ini.

Setiap koleksi kami hanya berharga RM 1.00/pcs sahaja!!! Siapa lagi nak bagi??? Meh habaq sini... Korang boleh pilih sebanyak mana korang hendak & harga bagi setiap unit adalah RM 1.00 sahaja! ~exclude postage fee ek...~ So, jom kita tengok list koleksi yang terpilih dalam promosi kali ini :-

>>> PROMOSI RM 1.00 / pcs <<<
Items Promotion : Paper Clip
 -->> Butterfly Paper Clip <<--
Butterfly Paper Clip
Kami sediakan dengan 6 warna yang berbeza. Cantik & menarik! Hanya RM 1.00 bagi setiap unit. Klip ni cukup kemas dan sesuai digunakan di mana-mana. Jom kita zoom side depan & belakang klip ni -->>
side belakang & depan
Cara penggunaan yang sangat mudah & pasti menarik perhatian orang di sekeliling korang!
Amacam, bergaya tak???
 -->> Cinta Hati Paper Clip <<--
Cinta Hati Paper Clip hanya RM 4.00 untuk 1 set ~means 1 unit = RM1.00~ Hadiahkan kepada yang tersayang! Kalau die dok buat kerja tu, bila tengok paper clip ni, mesti die tersenyum... Tiap hari bertambah sayang jadinya (^+^)
 
-->> Flowers Paper Clip <<--
6 kuntum bunga yang comey

Flowers Paper Clip ini kami datangkan dengan 6 kuntum bunga. Di hiasi dengan butang-butang comey & manik. Kami cuba tampilkan bunga yang simple & tersusun agar tidak nampak serabut. Serta mainan warna yang menonjol...
cantik kan???
 -->> Ladybird & Mini LoVe Paper Clip <<--
Di sebabkan customer sentiasa tanya tentang ladybird & love, so kami tambahkan lagi koleksi paper clip kami dengan 2 item ini. Nampak simple & sweet... Tambahan lagi, kami hiaskan Love Mini Paper Clip dengan hiasan manik. Ia begitu sinonim!
cantik, tertarik, menarik, kau memang deboom!!!
Alhamdulillah, tercapai sudah impian kami untuk lancarkan Promosi RM1.00/pcs ni. Bukan senang kami hendak sediakan Paper Clip ni untuk korang. Macam-macam dugaan kami tempuhi tau ~jangan xcaya~ Kami harap korang happy dengan koleksi kami kali ini (^+^) 

Promosi ini valid sehingga ke titisan terakhir! hehehehe... kami sediakan setiap koleksi dengan jumlah yang tertentu. So, promosi ini terbuka sehingga koleksi kami ini OUT OF STOCK! Maknanya, jika koleksi dah habis maka habis lah... Kami tidak akan produce yang baru. Tapi kalau korang hendak juga, insyaAllah kita jumpa di promosi akan datang... Apa tunggu lagi, GRAB lah sekarang!!! Siapa cepat, dia dapat....

Dengan lafaz Bismillah, kami lancarkan Promosi RM 1.00/pcs  (^+^) 

Enjoy crafting & shopping with us...

Saturday, March 9, 2013

Congratulation Iwan (^+^)

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

1 minggu lamanya kami tidak berkesempatan untuk update blog. Kami ada urusan keluarga yang perlu di dahulukan. Bagi yang selalu follow FB & page kami, insyaAllah mereka tahu apa yang kami maksudkan urusan keluarga tu. Dalam apa juga perkara kita lakukan, keluarga tetap perlu di utamakan. (^+^)

Entry kali ni, kami cuba share dengan korang tentang Konvokesyen Kali ke 10 Twintech di mana adik lelaki kami, Marwan Fikri Bin Mustafar (Iwan) tamat pengajiannya dalam jurusan Bachelor Of Information Technology (Hons) In Business Information Technology. Konvokesyen kali ni di adakan di PICC pada 04 Mac 2013!
Kami juga hendak share dengan korang tentang hadiah special dari kami sekeluarga untuk Iwan. Yang paling-paling membuatkan kami bangga ialah kami adalah satu2nya keluarga yang membawa hadiah yang comey ni... Korang nak tahu apa???
Jambangan LoVe Khas Untuk Iwan
Saya bertolak ke Putrajaya pada 03/03/2013 bersama-sama Mak, Abah, Iwan & juga Kakak dengan menaiki bas Mahligai. Memang selesa sangat2... Alhamdulillah, sepanjang kami di Putrajaya, kami mendapat layanan 1st class. (^+^)
Jambangan bunga ni kami mengambil masa hampir 1 minggu untuk siapkan. Kerana banyak sangat tukar2 idea ~biasalah kan...~ Kami just cuba berikan yang terbaik sahaja. Alhamdulillah Iwan suka! Mak & Abah pun suka sangat2! Okeylah, sebelum kami share beberapa keping gambar konvo Iwan, jom share ngan kami idea Jambangan LoVe ni...
ni sebelum kita jahit & deco2
Pillow LoVe sebelum & selepas
Siap 100%....!!! Cantik x???
Amacam, cantik tak Jambangan LoVe Konvo ni? Sebenarnya ini adalah idea Mak untuk hadiahkan kepada Iwan sempena konvokesyen die. Selalu bagi bunga segar je ~esk lusa dah layu!~ so kita ubat angin sikit, bagi yang berasaskan felt! Setiap perincian dalam jambangan ni mempunyai maknanya yang tersendiri...
"Pillow LoVe besar tu melambangkan Iwan"
"LoVe kecik2 warna Gold melambangkan Mak & Abah"
"LoVe kecik2 warna koko tu melambangkan kami 7 beradik"
"Bunga tu plak melambangkan 2 org abang iparnya"
~means :- iwan sll dikelilingi kami iaitu mak, abah, abang ipar & adik beradiknya. Kami sll support each others & melindungi 1 sama lain~
SWEET Tak?? (^+^)
Iwan happy di hari konvokesyen & bersama Jambangan LoVe
Senang hati kami bila tengok Iwan di hari konvokesyen ni. 1001 dugaan terpaksa die tempuh tapi alhamdulillah akhirnya Iwan berjaya. Kami sekeluarga sentiasa berdoa agar hidup Iwan sentiasa di berkati & di permudahkan... Amin!
Sekarang kami nak share ngan korang antara gambar-gambar semasa hari konvokesyen Iwan tempoh hari. InsyaAllah kalau kita kongsikan kegembiraan bersama orang sekeliling kita, DIA akan tambahkan lagi kegembiraan untuk kita... (^+^)
sebaik sahaja habis majlis, bergambar di atas pentas!
bergambar bersama-sama Mak & Abah
ciuman kasih sayang ~Jealous weh...~
Kakak, Abah, Mak & Iwan...

bergambar bersama lecture Twintech Kota Bharu
Bergaya kejap sebelum balik!
Senyuman kegembiraan!
Selain hadiah Jambangan LoVe ni, Iwan turut terima hadiah dari kakak. Jambangan Bunga Segar. Cantik gak... Banyak sangat2 orang jual bunga. Macam2 pattern! Untung lah awak Iwan... Kakak pun kadang-kadang bergaya juga macam die yang konvo...hehehehe... ~sabar je r~
 
Kami mengucapkan terima kasih banyak2 kepada pihak2 yang terlibat sepanjang kami di Putrajaya. Terutamanya En.Sani kerana sudi bawa kami pergi & balik serta pusing2 Putrajaya & Cyberjaya... Terima kasih dari kami...

Kalau ikutkan ada banyak sangat2 gambar yang sempat kami ambil sepanjang berada di sana tetapi kami terpaksa pilih2 jugak. Banyak sangat nanti sesak lak entry kali ni kan?? Semoga korang pun happy membaca entry kami kali ni (^+^)

Lastly :- "TAHNIAH MARWAN FIKRI BIN MUSTAFAR... KAMI SEKELUARGA SANGAT2 BANGGA DENGAN PENCAPAIAN AWAK..."

Enjoy crafting & shopping with us...

Friday, March 1, 2013

Handmake Craft : Keychain LoVe Tempahan Syarifah (Part 1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Entry terbaru untuk bulan baru merangkap 1st entry untuk bulan Mac 2013 ni. Semoga ianya adalah langkah kanan buat kami. Alhamdulillah, sales bulan Feb 2013 mencapai & melebihi target kami. Terima kasih kepada semua customer & follower kami (^+^)

Untuk 1st entry ni, kami teruja untuk share dengan korang berkaitan dengan tempahan keychain yang kami terima dari Syarifah. Beliau merupakan wife kepada kenalan sekolah saya dahulu. Erm... lama xjumpa kawan2 sekolah dulu... Budok Kg merupakan FB mereka. Korang bolehlah tanya2 nanti apa komen mereka berkaitan dengan koleksi kami ni.

Keychain LoVe dengan gabungan warna yang berbeza
Ini adalah keychain LoVe yang kami maksudkan. Kami sengaja adakan Part 1 & Part 2 untuk memberikan kejutan pada korang ~chewaaahhhh~. Untuk Part 1 ni kami share dengan korang keychain LoVe ni. Untuk Part 2 nnt, korang tunggulah! Jom kita zoom satu2...

KC 010313 - gabungan pink & koko
KC 020313 - gabungan koko & biru
KC 030313 - Gabungan Kuning & Turquoise
KC 040313 - Gabungan Biru Laut & Dark Blue
KC 050313 - Gabungan Gold & Pink

Amacam, terbaik kan! Semasa proses menyiapkan keychain ni, kami pun teruja. Rasa macam hendak siapkan 1 set untuk kami juga (^^) tapi sebabkan kejar masa maka setakat ini kami pendamkan dulu. Maklumlah, tempahan2 lain sedang menunggu turn untuk disiapkan.

Pada kali ni kami perkenalkan kod bagi setiap koleksi kami. So, kalau korang berkenan mana-mana koleksi kami just masukkan kod yang telah kami kepilkan bersama gambar2 tersebut. InsyaAllah, koleksi2 kami yang lepas juga kami akan update semula kod.

Seperti biasa, sebarang tempahan di persilakan isi ORDER FORM kami. Tapi jika ada sebarang pertanyaan berkaitan FELT CRAFT kami, bolehlah contact kami melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, FB, Page & ruangan komen di blog ini...

Akhir kata dari kami ~ terima kasih... enjoy crafting & shopping with us...