Enjoy shopping & crafting with us..

Thursday, May 21, 2015

Frame Deco buat sahabat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua customer & followers kami. Dah nak akhir bulan baru kami dapat nak update blog. Busy benor admin yerk...hehehehehe...
Kami tak mahu panjangkan intro kami, jom kita jejak apa pula admin nak share koleksi baru FELT CRAFT kali ini...

Frame deco dari QasehMuslimah-Munirah... Amacam, bergaya tak??? Yang ni belum di kemaskan lagi. Kami susun idea kami & snap gambar kemudian hantar kepada customer kami untuk confirmation. Setelah customer berpuas hati barulah kami kemaskan & siapkan. Itu procedure kami...
So, korang yang hendak membuat tempahan dari kami jangan teragak-agak. Kami faham banyak kes penipuan dalam business online sekarang ni tapi kami bukan tergolong dalam kumpulan tersebut!! Kami tidak makan duit & rezeki haram. Pendapatan kami dalam business online ni adalah duit poket kami. Kalau korang transfer/bank-in payment lebih 10sen pun kami tak ambil. Tapi kami akan minta izin untuk dermakan balance payment korang tu ke tabung masjid... Itu cara kami...

Kami bukannya nak besarkan diri tapi kami ingin perjelaskan di sini bahawa kami menjalankan business yang bersih & suci giteww... Jangan takut untuk berurusan dengan kami...
Okey, jom kita bagi detail sikit tentang tempahan kali ini...
Koleksi : Frame Deco
Kod : FM010515
Frame : Kayu (warna : Light Apricot)
Hiasan :- 
Bunga Mawar (White/Purple/Baby Blue), Bunga Mawar Gelung (Smokey Pink/Purple/Baby Blue), Bear (Red), Crown (Black)
Tulisan : LOVE (Smokey Pink/Red)
Nama Customer : Adawiyah Hisham

Customer kami kali ini adalah bekas rakan sekerja admin semasa bekerja di MSHK Engineering Sdn Bhd dahulu. Baik orangnya, suka senyum... Alhamdulillah walaupun kami dah lama tak jumpa tapi still ingat & support business kami...
Frame Deco ini di tempah istimewa untuk di hadiahkan kepada sahabat kami juga. Untung kau kiah!!!! hehehehehee...

So, kalau korang juga berminat boleh terus contact kami untuk sebarang pertanyaan & tempahan di :-
WhatsApp : 011-2427 4941

Waktu berurusan adalah start 8.30 pagi hingga 11.00 malam. Tapi kalau URGENT sangat insya Allah kami reply juga. Bergantung kepada keadaan admin pada ketika itu. 

Terima kasih kerana sudi singgah & baca entry kami kali ini....
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Monday, April 27, 2015

Koleksi Pameran di BOOTH TM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua sahabat followers & customer kami? Apa khabar team dropship kami? Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah kami juga sihat. Kerja tetap busy sikit kerana ada 2,3 perkara kami perlu manage & capai. Alhamdulillah sekali lagi, sales bagi Bulan April 2015 telah capai pada targetnya... (^_^)
Kami nak share dengan kalian semua Part 2 bagi barangan yang sempat kami rakamkan semasa membuka booth di TM Teluk Intan, Perak. Jom kita jangan buang masa lagi...

(1) CASING TISU KOTAK.
Koleksi : Casing Tisu Kotak
Kod : CT010415
Warna : Dark Choc/Polcadot
Hiasan : Bunga Melur (Red)/Love Pillow (Light Brown)/Ribbon/Button
 
Koleksi : Casing Tisu Kotak.
Kod : CT020415
Warna : Grey/Black
Hiasan : Bunga Mawar (Yellow)/Logo CHANEL (Yellow)/Daun

CASING TISU KOTAK memang menjadi salah satu koleksi laris & TOP kami. Yang penting kemasan jahitan yang superb dari kami. Kami pastikan setiap kemasan jahitan yang terbaik. Hiasan yang menyerlahkan lagi casing tersebut. Nak buat hiasan di kereta, rumah atau hadiahkan kepada insan tersayang pun boleh. Memang cukup exclusive!!!

(2) CASING GADGET.
Koleksi : Casing Gadget
Kod : CSG010415
Warna : Green
Hiasan : Cupid LoVe/Bunga/Button
 
Koleksi : Casing Gadget
Kod : CSG020415
Warna : Red
Hiasan : LOVE (Black)
 
Koleksi : Casing Gadget
Kod : CSG030415
Warna : Black
Hiasan : Owl (Turqouise/Brown)

CASING GADGET juga HOT ITEMS kami... Semua hot items kan??? Sebab itulah kami terus siapkan ready stock bila ada buka booth. Mempermudahkan lagi semua customer kami untuk dapatkan koleksi hot kami. Semua casing gadget kami jahitkan menggunakan 2 layer felt untuk kemaskan lagi jahitan & casing tersebut.

Koleksi : Headband
Kod : HB010415
Getah Headband : White
Hiasan : Bunga Melur (Pink/Soft Pink)/Bunga Pusing (Smokey Pink)

Koleksi : Headband
Kod : HB020415
Getah Headband : Green Leaf
Hiasan : Bunga Mawar (Baby Blue/White/Peach)

Koleksi : Headband
Kod : HB030415
Getah Headband : Red
Hiasan : Ribbon (Baby Blue/Light Blue) / Bunga Pusing (Purple)

Koleksi : Headband
Kod : HB040415
Getah Headband : Black
Hiasan : Bunga Melur (Red)/Bunga Pusing (Yellow)

Yang ini tak perlu nak cakap panjang lebar. Memang sesiapa yang ada anak perempuan akan suka gayakan dengan macam-macam hiasan. HEADBAND juga menjadi salah satu pilihan utama. Kami juga sediakan pelbagai gaya headband... Semuanya terbaik dari ladang QM-M!!!

(4) CARD HOLDER
Koleksi : Card Holder
Kod : CH010415
Warna : Grey/Black
Hiasan : Smile Face (Green/Pink/White/Black)

Koleksi : Card Holder
Kod : CH020415
Warna : Black
Hiasan : Facebook Icon (Baby Blue/White)

Koleksi : Card Holder
Kod : CH030415
Warna : Light Soft Green
Hiasan : Froggy (Green/White/Grey/Black)

CARD HOLDER yang biasa-biasa kita tukarkan kepada luar biasa macam ni. Mana nak dapatkan??? Just PM/WhatsApp je kami... Satu cara nak bagi ada semangat sikit bila pergi kerja atau kelas...

Orait...selesai sudah. Sebenarnya ada banyak lagi barang-barang kami pamerkan & jual di booth kami. Seperti KOLEKSI TUDUNG BAWAL, POPIA MINI, KEKACANG, PILLOW dan banyak lagi. Tapi kami hanya sempat ambil gambar ini sahaja.
Nanti kalau kami ada join mana-mana event & buka booth, pihak kami  akan inform kepada semua di Page FB, FB & Instagram. Kita boleh jumpa face-to-face lagi.

Terima kasih luangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page

Wednesday, April 22, 2015

Koleksi Pameran di Booth TM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua..?? Alhamdulillah kami di sini sihat walafiat cuma busy sahaja yang membantutkan kami untuk update Blog ni dari masa ke semasa. Sepertimana kami janjikan sebelum ni, kami nak share dengan korang semua antara koleksi yang kami bawa semasa kami open booth di Depan Bangunan TM Point Teluk Intan, Perak.

(1) CASING MUG
Ini adalah semasa proses menyiapkan CASING MUG ni. Alhamdulillah 4 CASING MUG selamat di siapkan dengan jayanya... Setiap design ni just tinggal 1 - 2 unit je lagi readystock. So, kalau korang nak cepat boleh PM/WhatsApp kami segera... Kalau nak customize kena tunggu kami siapkan satu persatu..

Koleksi : Casing Mug
Kod : CM010415
Warna : Orange (Background)
Tulisan : TEA (Turqouise) / TIME (Soft Blue)
Hiasan : Button / Cake (Green/White)

Koleksi : Casing Mug
Kod : CM020415
Warna : Black (Background)/Grey (Tali)
Tulisan : REST (Smokey Pink)/KEJAP (Soft Purple)
Hiasan : Baby Owl (Green Leaf/Turqouise/Brown/White/Black) / Button
 
Koleksi : Casing Mug
Kod : CM030415
Warna : Gray (Background)/Black (Tali)
Tulisan : 1:00 PM (Smokey Pink)
Hiasan : Love Tea Bag (Yellow/Soft Purple/White)/ Button

Koleksi : Casing Mug
Kod : CM040415
Warna : Grey
Tulisan : 5 MINIT (Purple/Orange)
Hiasan : Cupid Love Male (Soft Yellow/Orange/Black) / Button

CASING MUG ni adalah produk terbaru dari kami di QM-M. Alhamdulillah sambutan setakat ini sangat-sangat baik. Kami menggunakan standard saiz mug. Bukan sahaja boleh di gunakan untuk hiasan di meja kerja, tapi boleh juga di jadikan Doorgift majlis. Cawan-cawan kecil pun kita boleh buat casing ni. Insya Allah sangat berbaloi & unik!!!

(2) FRAME KHAT
Koleksi : Frame Khat
Kod : FJ010415
Warna : Hitam
Tulisan : Smokey Pink

Ini adalah semasa proses menyiapkan FRAME KHAT ni. Sebenarnya idea awal adalah datangnya dari En.Suami. Dia yang start design hingga gunting-gunting. Kemudian barulah di sambung oleh Puan. Isteri pula dalam proses menjahit. Alhamdulillah siap dengan jayanya & dapat di pamerkan semasa di booth.
Korang juga boleh order & request dari kami untuk dapatkan FRAME KHAT ni. Kalau kat luar, harganya mencecah RM 100.00 & ke atas, tapi kami sediakan ini tidaklah semahal itu. Insya Allah harga yang mampu milik untuk kita semua...

(3) BROOCH
Koleksi : BROOCH
Kod : BR010415

Brooch ni memang giler-giler laku... Just tinggal 10 unit ni je. Mula-mula letak kat booth kami tak terus ambil gambar sebab busy setup booth & cuaca yang agak panas. Lastly ini je yang kami mampu belanja gambar. Brooch ni ready stock tau. Korang nak borong semua pun bagus... Siapa cepat dia dapat la...

Okey, setakat ini dahulu. Nanti entry akan datang kita akan share koleksi lain pula. Kami perlu manage masa & kerja supaya semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah nak update koleksi handbag/backpack/totebag lagi di FB & Page FB ni. Korang dah dapatkan ke belum handbag/backpack/totebag dari kami??? Jangan lambat lak, nanti habissss...

Thanks kerana sudi spend masa korang baca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us...

Sape nak voucher? (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...DLL..)
Sila tekan WHOHAA & Terus register sahaja.
PERCUMA! Free voucher (KFC, TESCO, JUSCO, PIZZA HUT, IKEA...and another)
Please visit WHOHAA to join member. (join member for free)

Share IKLAN --> Orang KLIK --> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje..

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah... Daftar free, kumpul point mudah sangattttt... 
Cepat KLIK SINI!!!

Klik LIKE sini yea.. TQ --> QasehMuslimah.Munirah Page