Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, June 25, 2013

Promosi ~ Serunding Daging & Serunding Ikan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua..??? Kami berharap semuanya sihat & sentiasa menjaga kesihatan korang. Maklumlah sekarang ni musim jerebu. Pada tahun ini Umat Islam di Malaysia, Indonesia, Singapore & kawasan yang sewaktu dengannya akan di uji dengan Jerebu. Sama-samalah kita berdoa semoga DIA melindungi kita...amin...

Bercakap tentang Bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Kita seharusnya menyambutnya dengan penuh kesyukuran & kenikmatan kerana masih di beri peluang untuk bersama-sama melaluinya. Alhamdulillah... (^_^)

Kami hendak share dengan korang semua iaitu SERUNDING DAGING & SERUNDING IKAN 100% handmade dari Kelantan. Kami memang jadikan Serunding sebagai pelengkap hidangan kami. Memang sedap sangat-sangat & kami puas hati dengan kualiti serunding daging ni. So, kami mengambil keputusan untuk sama-sama share kenikmatan serunding ini!
Ini stok Serunding kami. Walaupun baru sahaja sampai di rumah kami tapi sudah ada yang booking & order untuk makan sendiri ataupun jualan. Kami benar-benar terkejut dengan sambutan customer kami. Terima kasih banyak-banyak..!!

Serunding kami adalah dari yang terpilih & berkualiti. Ianya tahan lama & sedap di makan begitu sahaja, di buat kuih muih ataupun di jadikan sebagai pelengkap menu korang. Kami terlebih dahulu test serunding ini sebelum mengambil keputusan membuka jualan! So, korang tidak perlu ragu-ragu lagi!!!

Harganya??? Di sini...
Serunding Daging : RM 6.00/ 100 gram (exclude postage fee)
Serunding Ikan : RM 5.00/ 100 gram (exclude postage fee)
Serunding Ayam : Out Of Stock (akan inform bila stock baru dah sampai)  

Harga seperti ini korang memang tidak akan dapat di mana-mana. So, apa tunggu lagi..?? Terus PM kami di :-


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan... (^_^)

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)