Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, October 27, 2013

Handmake Craft : Casing Power Bank

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Apa khabar semua? Alhamdulillah DIA memberi kesempatan & peluang kepada kami untuk terus berblogging & sentiasa permudahkan serta permurahkan rezeki kami dalam dunia perniagaan ni.
Entry pada kali ni, bukannya keychain...hehehehe... Maklumlah, kebanyakan tempahan yang kami terima adalah keychain. Tapi jangan salah anggap pula kerana koleksi kami yang lain juga tetap menjadi pilihan utama.

Bagi yang sukakan gadget, korang mesti sentiasa mencari somethings yang dapat menjaga kesempurnaan & mencantikkan lagi gadget korang. So, korang boleh percaya pada kami. Sebagai buktinya, 3 design casing Power Bank ni...!!!! Design yang simple tapi korang boleh membuat pelbagai pilihan hiasannya...


Kod : CSG011013
Casing Power Bank ini kami hiaskan dengan warna-warna blok yang sangat-sangat menonjol! Love & Butterfly ni memang begitu menarik di sebalik warna hitam sebagai backgroud. Tidak terlalu serabut tetapi sweet!!!


Kod : CSG021013
Casing Power Bank ni confirm menjadi igauan semua peminat filem Iron Man!!! Kami memastikan perincian yang baik & berkualiti. Sebelum casing ni di siapkan, sudah 2,3 orang bertanyakan kami & membuat tempahan. Alhamdulillah...rezeki dariNya! Pemilihan Iron Man ini adalah 100% dari pilihan customer kami ni.. (^_^)


Kod : CSG031013
Casing Power Bank 1Malaysia... Pada kali ni customer kami nak namanya di jahit di bahagian belakang casing power bank ni. Kami still menggunakan warna hitam sebagai background. Ianya lebih mudah di jaga & tidak nampak kotor... Permudahkan kami & juga customer kami menjaganya...


Jika korang berminat untuk membuat tempahan, pemilihan warna semuanya terpulang pada korang sendiri. Hiasan juga sama... Kami cuba memberikan service yang terbaik dari kami. Insya Allah kita akan cuba discuss mana-mana yang berkenaan.

Tempahan boleh di buat melalui ORDER FORM kami di blog, email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com & boleh juga PM kami di FB kami... Semuanya di hujung jari anda (^_^)

Terima kasih meluangkan masa korang membaca entry kami...
enjoy shopping & crafting with us....

2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)