Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, September 22, 2014

Casing Dina.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami excited hendak tulis entry hari ni. Lebih 3 minggu kami tidak update Blog kami. Kami berada di luar kawasan so tak dapat nak online sangat. Bukan setakat Blog sahaja, FB, Instagram & Page pun kami tidak dapat nak update apa-apa selama lebih kurang 3 minggu tu. Maaf ek semua.. Ada 2,3 tempahan yang kami terlepas kerana lambat reply email dari mereka tapi takpelah. Kami anggap itu bukan rezeki kami... 

Bila bercakap tentang koleksi Casing kami, agak lama juga kami tidak update. Semua ini bergantung kepada permintaan customer kami. Kalau ada yang tempah maknanya adalah kami update! Dalam banyak-banyak koleksi kami, ini adalah antara casing yang kami suka tengok & jahit...

Ini adalah semasa proses menjahit detail-detail di atas casing ni. Mini Own & nama Dna. Suka sangat-sangat gambar ni. Nampak comey sangat!!!

Dina adalah customer kami yang dah biasa membuat tempahan dari kami. Alhamdulillah, dia repeat order lagi. Seronok kami apabila customer keep repeat order. Satu kebangaan kepada kami... (^_^)

Koleksi : Casing Harddisk.
Kod : CS010914
Hiasan : Mini Own

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan, boleh terus contact kami. Tempahan untuk bulan 09/2014 masih lagi terbuka. Cara untuk membuat tempahan??? Senang sangat-sangat, semuanya hanya di hujung jari korang...
  • Melalui ORDER FORM kami yang berada di bahagian paling bawah Blog ini.
  • Melalui email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  • Melalui PM ke Page kami di QasehMuslimah.Munirah
  • Melalui WhatsApp kami di 011-24274941
Terima kasih kerana sudi membaca entry kami pada kali ini...
Till we meet again!!!

enjoy shopping and crafting with us....

2 comments :

  1. oo casing harddisk ke? comel plak.ingatkan goodies bag :D

    p/s : besday hubby bila?besday wife saya 4 oktober :) so kena banje dia jegak :)

    ReplyDelete
  2. yeap...casing harddisk...nak tempah utk goodies bag pun boleh...insya Allah...

    p/s : besday husband sy 31 Ogos...belanja jgn xbelanja...klu gembirakan isteri, alhamdulillah dapat pahala besar...amin

    ReplyDelete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)