Saturday, September 27, 2014

Casing Untuk Ain

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Badan letih sebenarnya hari ini tapi tetap gagahkan juga update Blog. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mula kenal & membuat tempahan dari kami. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih & bersyukur kepada-Nya yang teramat sangat!

Nampak gayanya entry bulan ni lebih kepada casing felt! Walaupun lebih kurang sama tapi empunya casing orang berlainan. Itulah namanya terpikat dengan hasil kerja kami...hehehehe... Setakat ni jahitan hiasan Owl & Butterfly adalah yang paling tinggi permintaannya. So, kalau dah customer request macam tu, takkanlah kami nak tolak tanpa sebab pula... Betul tak??
Ini adalah semasa proses menyiapkan casing tempahan Ain. Jika korang ada follow entry kami sebelum ini, kami ada share dengan korang tentang casing tempahan dari Dina --> Casing Dina <--. Buat pengetahuan korang semua, Ain ni adalah kawan kepada Dina. Selepas Ain tengok casing yang kami siapkan untuk Dina, dia terus terpikat (chewaaahhhhhh...) & order satu casing untuk dirinya.

Untuk Dina kami jahitkan Burung baby Owl tapi untuk Ain kami jahitkan Owl dah dewasa...hehehehe... Kami tak mahu jahit sama sangat, nanti bergaduh pula...hehehehe... Insya Allah mereka berdua BFF dunia akhirat!!!
Koleksi : Casing Ain.
Kod : CS020914
Hiasan : Owl (Hijau Lumut + Yellow Cerry)
Tulisan : AIN (Red)

Jika korang berminat, boleh terus contact kami untuk membuat perbincangan design. Sebagai makluman kepada semua, kalau korang ada gambar design untuk kami jahit & design tersebut korang copy & paste dari design orang lain, kami boleh terima. TETAPI kami tidak akan siapkan 100% copy & paste gambar tersebut. Maknanya kita akan buat sedikit ubah suai supaya tidak menimbulkan salah faham atau kecil hati pihak empunya gambar... Lagipun gambar tersebut adalah hak mereka, so kami perlu respect hasil kerja orang lain...clear tak???heheehee...

Sebarang tempahan, boleh contact kami melalui :-
  1. ORDER FORM di bahagian paling bawah Blog ini.
  2. Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com
  3. PM kami di page QasehMuslimah.Munirah
  4. WhatsApp kami di no : 011-24274941
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kami kali ini...
enjoy shopping & crafting with us....

2 comments :

  1. salam kenal..singgah blogwalking kat sini :)
    cute casing tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga..thanks sudi BW di blog saya..
      terima kasih..kalau berminat utk tempahan just PM/WhatsApp je sy

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)