Thursday, September 25, 2014

Headband ALISHA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Disebabkan bulan ni kami kurang masa update Blog so minggu ni kami update Blog dengan kerapnya. Alhamdulillah, kita masih di beri tenaga & peluang untuk terus beribadat kepadaNya. So, janganlah kita sia-sia kan satiap inci peluang yang telah di berikan.
Semasa entry ni kami karang, depan kami ni penuh dengan barangan tempahan customer. Alhamdulillah rezeki kurniaanNya. Walaupun pulangannya tidak besar tapi rezeki ni cukup & membahagiakan kami. Semoga rezeki yang kami terima ini sentiasa di berkati olehNya.

Hari ni kami nak share dengan korang semua koleksi HEADBAND yang telah kami siapkan. Ianya khas untuk ALISHA.

Koleksi : Headband Alisha.
Kod : HB010914
Hiasan : Bunga Melur (Smokey Pink + Ladybird Button)
Tulisan : ALISHA

Kami agak lama tidak update tentang headband so kami cuba bangkitkan kembali aura Headband kami. Untuk pencerahan semua, design headband kami kebanyakkannya adalah idea dari customer kami sendiri manakala kami hanya topup sikit-sikit sahaja.

Begitu juga dengan koleksi kami yang lain. Jika customer beri kami gambar design yang mereka hendak kami jahitkan, pihak kami tidak akan mengikut 100% design berkenaan bagi menghormati hak kepada empunya gambar tersebut. Secara logiknya kita kena fahamlah kan. Semua orang tidak suka 100% copy paste!!! Melainkan gambar yang di beri adalah datangnya dari design kami sendiri.

Kalau korang berminat untuk membuat tempahan dari kami, boleh terus contact kami melalui :-
  • ORDER FORM yang berada di bahagian bawah sekali Blog ini ;
  • Email kami di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ;
  • PM kami di Page QasehMuslimah.Munirah ;
  • WhatsApp kami di No. 011-24274941
Terima kasih kerana sudi singgah di Blog kami.
enjoy shopping & crafting with us.....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)