Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, February 25, 2013

Handmake Craft : Tempahan Keychain Dari Kak Midah.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Sebelum kami start entry ni panjang lebar, kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua customer kami yang sentiasa menyokong kami, followers kami & rakan2 blogger yang lain. Rating kami pada tahun ini agak memberangsangkan. Alahmdulillah.. (^^) Oklah,bila tgk je tajuk entry hari ni, korang mesti cakap 
"Kak Midah lagi? Banyaknya die beli... Biar betul!" 
Tapi memang betul pun... Kak Midah banyak membuat tempahan kepada kami. Tempahan- tempahan itu datangnya dari customer mereka sendiri sebab Kak Midah & family adalah dealer kami yang paling laris jualannya! ~thanks Kak Midah~

Ini adalah keychain yang telah kami siapkan untuk Kak Midah berdasarkan tempahan yang di terima. Khas untuk korang jadikan rujukan nanti..

Keychain HP 'AUS & KIERA'
Keychain 'ADIQ & KHAI'
Keychain HP 'LOLITA'
Keychain 'LOGA & PRIYA'
Keychain 'PUTERI & DAUS'
Keychain 'PEOL & JIHO'
Keychain 'ADIK & KAKAK'
Keychain 'MAYON & EYKA'
Keychain 'ATIN & JOE'
Keychain HP 'LOLITA &YN'
Banyak tak? Jangan terkejut lak, sebenarnya ada lagi. Itu kami akan masukkan ke entry akan datang bila semuanya sudah get ready!
Untuk pemilihan warna adalah 100% daripada pemilihan customer. Kalau kami rasa pemilihan warna agak tidak sepadan, barulah kami akan discuss balik untuk membuat pertukaran ataupun tidak.
1 tips dari kami, kalau korang hendak membuat keychain & keychain HP berbentuk LOVE macam ni, pastikan nama yang akan di jahit tidak terlalu panjang sebab nanti kurang cantik! Percaya lah...

Oklah, kalau korang ingin membuat tempahan, just isi ORDER FORM kami. Tapi jika ada sebarang pertanyaan bolehlah hubungi kami melalui FB@page, email qasehmuslimah.munirah@gmail.com & ruangan komen di blog ini...

Enjoy crafting & shopping with us...

Thursday, February 21, 2013

Handmake Craft : Tempahan Headband dari Dina.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk berada di bumi-Nya lagi pada hari ini. Kami juga bersyukur sangat2 kerana semakin hari business kami semakin di kenali & mendapat perhatian semua... Terima kasih sangat2 (^^)

Pada hari ni, kita tutup buku untuk keychain. Kita buka lembaran baru iaitu Headband. Rasa banyak sangat entry tentang keychain sejak akhir-akhir ni. Korang jangan rasa bosan lak... Dah itu yang customer kami order, so kami hasilkan dengan 100% kesungguhan! ~chewahhh~

Headband ini adalah tempahan dari Dina (FB : Dna Meyer ). Si gadis lincah ni mahu hadiahkan headband ni kepada anak buahnya. Sebelum ini ada entry kami buat sempena tempahan keychain HP & cenderamata dari Dina... jom flashback balik =)

2) Keychain HP Couple : Tempahan Dari Dina.

Headband pilihan Dina adalah bertemakan ungu & biru. So, kami cuba matching kan kedua-dua warna tersebut. At the end, inilah hasilnya --->

 Walaupun simple tapi tetap menyerlah! Jom kita zoom dekat sikit...

Kami jahit di setiap perincian. Dari serumit-rumit huruf hingga ke bunga! Sebabnye? Sebab kami mahu pastikan setiap koleksi kami tahan lama & berkualiti tinggi. InsyaAllah, seganas-ganas mana pun baby tu, bunga & tulisan tu tidak akan dapat mereka pisahkan dari getah headband! hehehehee...
Kain felt & getah headband yang kami pilih pula adalah lembut & tidak akan menyakitkan baby korang. Janganlah risau & ragu2...

time ni umur baby br bbrapa hari itu nmpk 'menyerlah' sgt headband tu
Oklah, kalau korang hendak membuat sebarang tempahan, boleh terus isi ORDER FORM kami di dalam blog ni. Tapi kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh PM kami. Boleh juga contact kami melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, FB/page & ruangan komen dlm blog ni. InsyaAllah kami akan cuba bagi feedback dalam masa 24 jam...

Enjoy crafting & shopping with us.... 

Monday, February 18, 2013

Handmake Craft : Tempahan Casing Harddisk dari Maisarah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Salam hari Isnin... Bila hari Isnin je badan ni rasa macam berat2 je nk gerak a.k.a MALAS!!! (^^) Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila nak malas? Kalau malas nanti, rezeki pun malas nak masuk... Ye tak???

Walaupun hari ni rasa kurang sihat sikit tapi kerja tetap di teruskan. Blog & page tetap kena update! Kerja menjahit tetap kena jalankan walaupun sekejap-sekejap. Kalau asyik layan sakit ni, makin sakit jadinya... ~for me la...~

Oklah, ingat tak tentang casing Harddisk di entry lepas. Kami terima banyak tempahan tapi kami tak sempat hendak prepare entry untuk semua tempahan tu. Mengikut turn masing-masing la ek...

Casing Harddisk ni, customer kami nak sebijik macam design special gift yang lepas. Cuma kami tukarkan manik kepada kelopak bunga je & serikan dengan butang bentuk 4 segi... Tetap cantik & simple!!!
Bahagian depan Casing Harddisk Burung Hantu!
Untuk bahagian belakang pula, kami tidak biarkan kosong. Siap ada tag untuk HAK PUNYA lagi tau..! Memang terbaik dari ladang...hehehehe
Tag HAK PUNYA... xde sapa berani cilok
Casing Harddisk ni sudah pun selamat sampai kepada tuannya. Kami minta maaf kerana kualiti gambar agak kurang baik. Maklumlah, time tu kami tak sempat nak setting & prepare apa2... Lagipun customer kami ni duduk jauh nun Cyberjaya! Semoga Puan Maisarah berpuas hati 100% dengan hasil tangan kami...

Kepada korang yang juga berminat, bolehlah fill ORDER FORM kami... Gambar Burung Hantu tu bukannya fixed, korang boleh request apa2 gambar sekali pun tapi biarlah gambar yang berunsurkan perkara baik... Faham kan?? 

Kalau ada sebarang persoalan, bolehlah contact kami melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, page @ FB dan ruangan komen di blog ini...

 Enjoy crafting & shopping with us....