Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, February 18, 2013

Handmake Craft : Tempahan Casing Harddisk dari Maisarah.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...

Salam hari Isnin... Bila hari Isnin je badan ni rasa macam berat2 je nk gerak a.k.a MALAS!!! (^^) Tapi bila fikir-fikir balik, sampai bila nak malas? Kalau malas nanti, rezeki pun malas nak masuk... Ye tak???

Walaupun hari ni rasa kurang sihat sikit tapi kerja tetap di teruskan. Blog & page tetap kena update! Kerja menjahit tetap kena jalankan walaupun sekejap-sekejap. Kalau asyik layan sakit ni, makin sakit jadinya... ~for me la...~

Oklah, ingat tak tentang casing Harddisk di entry lepas. Kami terima banyak tempahan tapi kami tak sempat hendak prepare entry untuk semua tempahan tu. Mengikut turn masing-masing la ek...

Casing Harddisk ni, customer kami nak sebijik macam design special gift yang lepas. Cuma kami tukarkan manik kepada kelopak bunga je & serikan dengan butang bentuk 4 segi... Tetap cantik & simple!!!
Bahagian depan Casing Harddisk Burung Hantu!
Untuk bahagian belakang pula, kami tidak biarkan kosong. Siap ada tag untuk HAK PUNYA lagi tau..! Memang terbaik dari ladang...hehehehe
Tag HAK PUNYA... xde sapa berani cilok
Casing Harddisk ni sudah pun selamat sampai kepada tuannya. Kami minta maaf kerana kualiti gambar agak kurang baik. Maklumlah, time tu kami tak sempat nak setting & prepare apa2... Lagipun customer kami ni duduk jauh nun Cyberjaya! Semoga Puan Maisarah berpuas hati 100% dengan hasil tangan kami...

Kepada korang yang juga berminat, bolehlah fill ORDER FORM kami... Gambar Burung Hantu tu bukannya fixed, korang boleh request apa2 gambar sekali pun tapi biarlah gambar yang berunsurkan perkara baik... Faham kan?? 

Kalau ada sebarang persoalan, bolehlah contact kami melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, page @ FB dan ruangan komen di blog ini...

 Enjoy crafting & shopping with us....

2 comments :

  1. Cantiknya..saya plan nak buat keychain I love Islam..ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu...cantik gak...sy skrg ni pun ngah bz ngadap DoorGift...nnt sy update dlm blog ek, leh awk komen2 skit...hehehe...

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)