Thursday, February 21, 2013

Handmake Craft : Tempahan Headband dari Dina.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kita masih di beri peluang untuk berada di bumi-Nya lagi pada hari ini. Kami juga bersyukur sangat2 kerana semakin hari business kami semakin di kenali & mendapat perhatian semua... Terima kasih sangat2 (^^)

Pada hari ni, kita tutup buku untuk keychain. Kita buka lembaran baru iaitu Headband. Rasa banyak sangat entry tentang keychain sejak akhir-akhir ni. Korang jangan rasa bosan lak... Dah itu yang customer kami order, so kami hasilkan dengan 100% kesungguhan! ~chewahhh~

Headband ini adalah tempahan dari Dina (FB : Dna Meyer ). Si gadis lincah ni mahu hadiahkan headband ni kepada anak buahnya. Sebelum ini ada entry kami buat sempena tempahan keychain HP & cenderamata dari Dina... jom flashback balik =)

2) Keychain HP Couple : Tempahan Dari Dina.

Headband pilihan Dina adalah bertemakan ungu & biru. So, kami cuba matching kan kedua-dua warna tersebut. At the end, inilah hasilnya --->

 Walaupun simple tapi tetap menyerlah! Jom kita zoom dekat sikit...

Kami jahit di setiap perincian. Dari serumit-rumit huruf hingga ke bunga! Sebabnye? Sebab kami mahu pastikan setiap koleksi kami tahan lama & berkualiti tinggi. InsyaAllah, seganas-ganas mana pun baby tu, bunga & tulisan tu tidak akan dapat mereka pisahkan dari getah headband! hehehehee...
Kain felt & getah headband yang kami pilih pula adalah lembut & tidak akan menyakitkan baby korang. Janganlah risau & ragu2...

time ni umur baby br bbrapa hari itu nmpk 'menyerlah' sgt headband tu
Oklah, kalau korang hendak membuat sebarang tempahan, boleh terus isi ORDER FORM kami di dalam blog ni. Tapi kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh PM kami. Boleh juga contact kami melalui email qasehmuslimah.munirah@gmail.com, FB/page & ruangan komen dlm blog ni. InsyaAllah kami akan cuba bagi feedback dalam masa 24 jam...

Enjoy crafting & shopping with us.... 

6 comments :

  1. comeynye...nanti kalau nak beli hadiah kat someone boleh la tempah kat sini ye.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fatin... mmg kami alu2 kn sgt2... klu fatin nk tempah, just PM sy @ isi je ORDER FORM kat blog ni...
      heboh2 kat kengkawan jgk ek ~marketing baik punye~ hehehehe...

      Delete
  2. saya nak tanya, Munirah ada guna dies ke untuk huruf tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy xde guna dies pn...xmampu lg nk beli dies tu, mahal...buat manual je...lgpn sy ni br je nk menapak dlm felt craft ni...nape ek?

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih...nnt leh r wat tempahan ngan kami kn...hehehehe

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)