Monday, October 24, 2011

Azean Irdawaty Perlu Sumbangan Untuk Rawatan Kanser

Menurut Azean Irdawaty, adalah memalukan baginya untuk meminta sumbangan orang ramai bagi membiayai rawatan kansernya, tetapi dia tiada pilihan. Bil perubatan Azean mencecah RM 30,000 sebulan dan dia pula adalah penyumbang pendapatan utama dalam keluarga. Ratu filem Malaysia itu, sekarang terlantar di atas katil sahaja dan sedang melawan kanser tahap keempat. Kanser sudah merebak ke tulang belakangnya, menurut doktor.


 Saya sudah pergi ke hospital kerajaan tetapi mereka tidak melayan saya dengan baik, jadi saya berada di Hospital Beacon kerana salah seorang peminat saya ialah doktor di hospital ini dan dia menaja rawatan saya di sini selama seminggu.
Beban kewangannya adalah disebabkan oleh CyberKnife (satu rawatan radiosurgeri terbaru untuk membunuh tumor), bekalan ubat-ubatan, jururawat-jururawat peribadi, pakar fisioterapi, lampin dewasa dan yuran guaman anaknya, Benjy yang ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah tahun lepas. Tetapi Azean yang disukai ramai kerana karismanya sebagai seorang aktres, menunjukkan semangat juang yang tinggi.
Saya bukan jenis yang akan bersedih dan bertanya ‘kenapa saya’? Saya pilih untuk kekal positif. Saya mahu berasa sihat dan meraikan setiap detik dalam kehidupan saya.
Dia juga dikatakan mahu kelihatan segar kerana itu dia mengenakan solekan di hospital. Katanya sambil ketawa:-
Apabila saya mula dikesan dengan kanser payudara tahap ketiga pada tahun 2007, doktor kata saya hanya ada masa 2 tahun untuk hidup dan dia meminta saya untuk menulis wasiat. Tapi saya beritahu doktor yang saya minta Tuhan untuk hidup 20 tahun lagi, dan saya masih di sini.
Peminat-peminat yang bermurah hati boleh menyumbang kepada Azean melalui:-
Akaun bank  RHB: 16240100009490 

Pada korang yang mempunyai pendapatan lebih atau ada banyak duit sampai tak tahu apa nak buat ngan duit korang tu, apa kata kita pakat ramai2 menyumbang kepada Kak Azean. Sekurang2nya, kita dapat menambah pahala kita yang tak seberapa ni... Kak Azean seorang wanita yang tabah & kuat. Dalam keadaan dirinya sendiri yang tidak mengizinkan namun die tidak menjadikan itu satu alasan.
Chayokkkk kak Azean...
 
***Rujukan penuh dari beautifulnara
 

4 comments :

  1. ishhh kesiannyaaaaaa...haitu kanser payudara, skang kanser tulang belakang plak..rs nya virus kanser tu dtg dr kanser lama kot kan

    ReplyDelete
  2. sy pn agak mcm 2 r...
    org pompuan ni kena hati2 byk sgttt... kanser payudara ni mmg menakutkan...

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum sdri qaseh muslimah, alhamdulilah sdri punyai hti yg mulia, bhasrat mbantu insan yg sdg ditmpa musibah, sbgai hmba allah mmg ptut kite saling mbantu, smoga allah mnyembuhkan kak yan dan mberkati hidupnye, sdri dan smua yg ikhlas mbantu dri segi apa jua..amin...

    ReplyDelete
  4. terima kasih... Alhamdulillah awk pn punyai hati yg bersih & mulia krn ttp mengambil berat ttg saudara kt yg memerlukan... Sy tidak mampu mamberi bantuan sumbangan duit tp sy just cb bantu sebarkan entry ini.. Semoga ada yg membacanya & menghulurkan bantuan.. :o)

    ReplyDelete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)