Saturday, October 8, 2011

Belanjawan 2012

BELANJAWAN 2012.
Belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Kementerian Kewangan Malaysia mengambil inisiatif untuk membangunkan Laman Rasmi Belanjawan 2012 bagi menyalurkan maklumat dan informasi secara terus kepada masyarakat Malaysia berkenaan Belanjawan 2012.
Laman ini menyediakan siaran secara langsung, pembentangan Ucapan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari Parlimen Malaysia melalui audio dan video.
Laman ini turut menyediakan kemudahan muat turun teks ucapan Belanjawan 2012, Laporan Ekonomi 2011/2012 dan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012.

TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2012.
Teks Ucapan Belanjawan 2012 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 7 Oktober 2011 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.
Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut :-
    ~ Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
www.custom.gov.my 
~ Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
www.hasil.gov.my 
~ Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
www.sc.com.my 
~ Bank Negara Malaysia

LAPORAN EKONOMI 2011/2012.
Laporan Ekonomi 2011/2012 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.
Buku Laporan Ekonomi 2011/2012 boleh dibeli dengan harga RM45.00 pada 7 Oktober 2011 bermula jam 5.00 petang di Lobi Kementerian Kewangan Malaysia, Kedai PNMB Putrajaya, No 72, Jalan Diplomatik, Presint 15 (Presint Diplomatik), 62050 Putrajaya, Tel: 03-88811970 dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur, Tel: 03-92366888 atau layari laman web www.printnasional.com.my untuk maklumat lanjut.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2012.

Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan.

PEGAWAI RASMI BELANJAWAN 2012.

Tn. Hj. Rahim Bin Abu Bakar
Director of Budget, Ministry of Finance
03-88823838 | rahim.bakar@treasury.gov.my

YBrs. Dr. Sundaram A/L Annamalai
Under Secretary Economic and International Division, Ministry of Finance
03-88823399 | dr.sundaram@treasury.gov.my

YBhg. Dato' Siti Halimah Binti Ismail
Under Secretary Tax Analysis Division, Ministry of Finance
03-88823330 | halimah.ismail@treasury.gov.my

En. K. Givananadam
Deputy Director Budget Division, Ministry of Finance
03-88823807 | giva@treasury.gov.my

Pn. Khodijah Binti Abdullah
Senior Deputy Under Secretary, Tax Analysis Division, Ministry of Finance
03-88823337 | khodijah.abdullah@treasury.gov.my

En. Gunaseelan Kunjan
Deputy Under Secretary (Direct Tax & Indirect Tax), Ministry of Finance
03-88823378 | guna.kunjan@treasury.gov.my



*** sumber dari :-

2 comments :

  1. akak takut la gomen ni..kang sat lg umum minyak naik kang

    ReplyDelete
  2. erm...sy pn rs cam2 gak kak...conform r hrga myk naik...xkn sume trn, tp xde pe2 yg naik kn...mesti ader punyer...adoiii laa....

    ReplyDelete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)