Enjoy shopping & crafting with us..

Friday, December 9, 2011

Handmake Craft : Tempahan Headband dari Intan.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kami kembali lagi seperti yang di janjikan. Pantang ada kesempatan sikit, kami terus transfer & edit gambar2 headband yang telah kami siapkan untuk korang semua tengok & TEMPAH!!! Manalah tahu, antara banyak2 headband kami tu, bagi korang idea pattern camne korang nak tempah dari kami...
Kali ni kami update tempahan headband dari Intan. Kami ambil masa lebih kurang 1 minggu untuk siapkan kedua-dua headband ni. Almaklumlah, kerja menjahit ni bukannya boleh di buat main2, kena ketelitian juga. So, bila kami rasa kepala tak serabut, hati happy & tenang, tangan pun cepatlah menyilang benang dengan jarum!

a) Headband untuk Hanie...
Empunya headband bernama HANIE
Disebabkan kami tidak berpeluang untuk bertemu mata dengan Intan dan baby dia, so kami telah meminta khidmat Baby Damya untuk action dengan headband tersebut. Dalam malu2 pun Damya still pandai bergaya..! Hebatlah Damya...(kak su, kami pinjam Damya kejap ek...hehehe)

time ni malu2 lagi tapi 'peace' tetap menjadi trademark!
Mengancam lah Damya..!!! Menggoda tul...
b) Headband untuk Mimie.
Headband Mimie yang cute!!!
guna background lain lak
Sekali lagi kami menggunakan khidmat model cilik kita, Baby Damya... Kali ni die dah boleh tersenyum! Ngah happy orang ambik gambar die la tu... Terima kasih Damya... Mya tunggu headband Mya ek. Tinggal sikit lagi nak siap.

Siapa bilang gadis melayu tak menawan!
Okeylah, kami pun lega sebab dapat siapkan headband tempahan dari Intan ni. Seronok sangat2 bila dapat tengok headband ni terletak cantik di kepala baby2.  InsyaAllah, bila dah terima gambar Hanie & Mimie memakai headband ni, kami akan upload kan...
Korang lak apa tunggu lagi. Dapatkan headband dari kami sekarang! Kami sentiasa menanti tempahan dari korang semua...
Kalau korang hendak bertanya khabar @ ada sebarang pertanyaan, silalah email & join FB kami... Nak order? Isi ORDER FORM yang telah kami sediakan... Kalau korang nak bagi komen pun di alu2 kan...Kami sentiasa mesra pengguna....heheheehe...

Enjoy shopping with us....

No comments :

Post a Comment

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)