Enjoy shopping & crafting with us..

Tuesday, March 19, 2013

Handmake Craft : Keychain Tempahan Syarifah (Part 2)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, jumpa lagi kita... Bulan ini adalah bulan yang agak memenatkan untuk kami. Banyak dugaan & cabaran gitu (^+^) ... Kami juga bersyukur dan berterima kasih kepada semua customer & followers kami kerana sentiasa menyokong kami. Kami sayang korang semua ~mcm poyo je kan~

Promosi RM 1.00/pcs kami berjalan dengan begitu baik! Alhamdulillah... Pada hari ke-2 perlancaran promosi ini kami sudah terima tempahan 50pcs! Sekarang kami masih terima tempahan lagi sehinggakan kami mengambil keputusan untuk menambah bilangan stok Paper Clip kami. InsyaAllah kami budget promosi akan habis pada akhir bulan Mac 2013 ini tetapi kalau stok yang di tambah habis sebelum akhir bulan maknanya habis sudah... 

Sambil-sambil kita join Promotion RM 1.00/pcs kami update korang dengan koleksi2 kami yang lain. Sebelum ini kami ada post entry tentang Keychain LoVe Tempahan Syarifah (Part 1) dan kini kami update pula Keychain Tempahan Syarifah (Part 2)! Buat makluman korang, keychain LoVe pattern tempahan Syarifah adalah antara Top 5 koleksi kami... ~terbaik!~ Kami harap semoga keychain kali ini boleh masuk list juga... amin..
Keychain yang cute sgt!
Keychain nama ni nampak macam biasa tetapi sebenarnya luar biasa! Cantik tak??? Kami gabungkan Love sebagai penyeri...

Afiqah & Najwa adalah anak dara kepada Syarifah. Inilah tanda kasih sayang seorang Mama kepada anak-anaknya. So, kepada Afiqah & Najwa, jaga Mama & Papa baik-baik... Kasihlah mereka sebagaimana mereka mengasihani korang...ok! Jom kita zoom satu-satu keychain ni.

KC 060313 - Keychain Najwa
KC 070313 - Keychain Syarifah
KC 080313 - Keychain Afiqah
KC 090313 - Keychain Afiqah
KC 100313 - Keychain Najwa
Amacam, cantik kan? Sebenarnya Sayrifah ada melihat contoh keychain-keychain kami sebelum ini & dia begitu berminat dengan pattern keychain ini. Selepas pemilihan pattern telah di buat, Syarifah menyerahkan 100% kepada kami untuk menyiapkannya. Pemilihan warna juga adalah 100% dari kami berdasarkan syarat Syarifah iaitu tidak mahu warna yang terlalu lembut kerana takut mudah kotor!
 
Baiklah, tamat sudah entry mengenai keychain yang di tempah oleh Syarifah. InsyaAllah kami akan kembali dengan koleksi-koleksi yang lain pula nanti. Anyway, terima kasih banyak-banyak kepada Syarifah kerana menggunakan perkhidmatan kami... Nanti bolehlah order lagi (^+^)
 
Seperti biasa, kalau korang berminat bolehlah terus ke ORDER FORM kami. Isikan maklumat korang & list koleksi kami yang korang berminat. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami melalui page kami, email qasehmuslimah.munirah@gmail.com atau di ruangan komen dalam blog ni...
 
Enjoy crafting & shopping with us...

10 comments :

  1. Replies
    1. terima kasih =)
      nnt leh la order, promote kat family & kwn2 skali...hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih banyak2...sy masih cuba perbaiki lagi tahap jahitan sy slps ini..nnt bolehlah order, insyaAllah sy bg hrga yg terbaik! promote kat family & kawan2 juga =)

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih byk2... nnt order la dr kami...promote kat kwn2 ngn family gak =)

      Delete
  4. ada lg x...nk order mcm mna yer????fb ad???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada...kami still terima tempahan walaupun bulan puasa nnt =) syana leh trs isi ORDER FORM kami @ PM kami di page QasehMuslimah.Munirah... =)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)