Enjoy shopping & crafting with us..

Wednesday, June 5, 2013

Handmake Craft : Tempahan dari Ika.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Pagi-pagi lagi kami dah update blog. Ramai customer kami bertanyakan business Felt Craft kami. Adakah kami sudah kurang mengambil order? Kenapa entry tentang Felt Craft kami semakin berkurangan? Maklumlah, sekarang ni kami sudah tambah business baru iaitu berkaitan dengan Tudung Bawal & barangan berkaitan kain cotton. Tapi untuk makluman korang semua, business Felt Craft kami still berjalan seperti biasa.

Okeylah, pada kali ini kami decide untuk update tentang Tempahan Keychain & Keychain Handphone yang kami terima dari salah seorang agen kami iaitu Nurul Atikah a.k.a Ika. Dia adalah antara agen kami yang paling aktif! Setiap bulan ada sahaja order yang masuk melalui dia... Memang hebat!!!

Jom kita tengok antara tempahan yang telah kami siapkan!

~ Keychain LoVe ~
~ Keychain LoVe ~
Kod : KC 010613

~ Keychain LoVe ~
Kod : KC 020613

Keychain LoVe ni memang menjadi kegilaan customer kami. Majoriti setiap kali kami terima order, Keychain LoVe tetap menjadi pilihan. So, kami cuba tampilkan dengan pelbagai hiasan bagi memberikan sesuatu yang istimewa kepada customer kami. Bukan sekadar LoVe sahaja! Pada kali ini, kami jahitkan unsur-unsur labuci butterfly & Love...Memang cantik & sweet!

~ Keychain Panjang ~
~ Keychain Bantal Panjang ~
Kod : KC 030613

~ Keychain Nipis Panjang ~
Kod : KC 040613

Keychain Panjang pula kami tampilkan dengan 2 version iaitu Keychain Bantal Panjang & Keychain Nipis Panjang. Perbezaan antara kedua-dua keychain ini adalah kandungan fiber di dalam keychain tersebut. Namun kedua-duanya adalah berkualiti tinggi...

~ Keychain Handphone ~
~ Keychain Handphone LoVe ~
Kod : KCHP 010613

Keychain Handphone ini customer inginkan bentuk LoVe juga. Seperti kami katakan sebelum ini, bentuk Love memang menjadi pilihan utama customer kami kerana hidup mereka penuh dengan kasih sayang! Itulah sepatutnya ada dalam diri setiap manusia & makhluk di bumi ini (^+^) . Kami hiaskan juga dengan labuci butterfly sebagai penyeri..

Seperti biasa, jika korang berminat boleh terus isi ORDER FORM kami. Jika ada sebarang soalan, terus PM kami melalui FB, page, email qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun ruangan komen di blog. InsyaAllah kami cuba respond dalam masa 24 jam.

enjoy shopping & crafting with us....

2 comments :

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)