Tuesday, July 2, 2013

Paper Clip Tempahan dari Nurul Affifi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bukan Jun 2013 telah melabuhkan tirainya. Bulan Julai 2013 pula menjelma. InsyaAllah nanti kita akan bertemu dengan Bulan Ramadhan. Alhamdulillah masih diberi kesempatan & peluang oleh-Nya untuk kita sama-sama melepaskan rindu Bulan Ramadhan. Kami juga bersyukur sangat-sangat kerana ia membawa 1001 kemurahan rezeki kepada kami juga...

Kami telah kembangkan sayap perniagaan kami dengan koleksi Tudung Bawal & Serunding Daging serta Serunding Ikan! Memang mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan. InsyaAllah kami akan cuba jadikan ia jualan tetap & tidak bermusim... InsyaAllah...

Pada kali ini, kami ingin post entry tentang Paper Clip yang di perbuat daripada wooden clip. Kami pernah mengadakan promosi RM1.00/pcs & juga jualan wooden clip... Bagi yang terlepas entry tersebut, boleh terus klik link di bawah ini...

Untuk entry kali ini, kami memperkenalkan antara agen kami yang aktif. Bagi pelajar & pensyarah di POLISAS, korang semua boleh dapatkan koleksi kami melalui Nurul Affifi (FB : Nurul Affifi Abu Bakar   ). Koleksi Tudung Bawal kami juga boleh di dapati daripadanya... Ini adalah antara koleksi Felt Craft yang telah mendapat jualan yang gempak dari penghuni POLISAS..
Antara design Paper Clip dari kami...

Nurul Affifi telah membuat tempahan sebanyak 50pcs utk jualan di POLISAS. Kami membantu agen-agen kami mendapatkan duit poket bagi menampung perbelanjaan mereka & sambil memberi pendedahan serta pengalaman kepada mereka bagaimana mengumpul duit hasil usaha sendiri (^_^)

Alhamdulillah, ianya hanya mengambil masa tidak sampai 1 bulan untuk OUT OF STOCK! Agen kami happy, customer kami happy & kami juga bertambah-tambah happy!!! Jom kita zoom satu persatu design peper clip tersebut.
Paper Clip Butterfly yang cute!!!

Paper Clip Cinta Hati ~ I LoVe U ~

Paper Clips Flowers yang comey!

Paper Clip Ladybird...ada mata sepet & mata bulat!

Paper Clip LoVe ~hanya untuk si dia~

Pada Promosi RM 1.00/pcs kami telah menerima banyak tempahan sehinggakan kami terpaksa tambah stok. Pada mulanya kami limit kan stok yang ada dengan tema 'SIAPA CEPAT DIA DAPAT' tetapi apabila customer tidak putus-putus ingin membuat tempahan membuatkan kami mengalah dengan menambah stok yang ada!

Kebanyakan dari mereka inginkan design yang sama. So, kami telah memilih 3 customer untuk di masukkan dalam entry kami. Nurul Affifi terpilih mewakili agen kami yang berjaya dalam jualan Paper Clip. InsyaAllah entry akan datang kami akan tampilkan lagi 2 orang customer kami yang terpilih!

Jika promosi dahulu kami menawarkan harga RM 1.00/pcs. Kini still RM 1.00/pcs TETAPI minimum order adalah 10pcs... Memang cukup berbaloi... Harga koleksi kami masih dalam budget korang kan..?? Korang berminat? Boleh terus PM kami atau isi ORDER FORM kami...

enjoy shopping & crafting with us....

4 comments :

  1. comel la Munirah buat paper clip tu. bagus kalau ada agen kan..boleh tambah customer

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih (^_^) alhamdulillah, kami sama2 menolong 1 sama lain... =)

      Delete
  2. Replies
    1. insyaAllah, nnt sy akan join...
      thanks sudi singgah di blog sy (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)