Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, October 10, 2011

Demam Chikungunya....

Salam hari Isnin utk semua...
Korang prnh dgr tak ttg Demam Chikungunya ni??? Kat kwsn sy (hehehehe.. gy mcm k.ngah kwsn lak ek...) kembali heboh dgn penyakit ni & demam denggi. Korang leh check info ttg demam denggi di SINI
Sy risau btl kalau penyakit ni serang lg. Kita kena 'berperang' dgn penyakit2 ni. Slps sy di uji dengan keadaan husband sy yg di suspect denggi, perasaan sy bcampur gaul. Risau... takut... bimbang... geram... Namun Alhamdulillah, die bebas dr penyakit itu.
Sejak dr itu, sy sntiasa mncari info ttg penyakit ini. Kali ini sy nk share info ttg DEMAM CHIKUNGUNYA lak.

DEMAM CHIKUNGUNYA.
Deman Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.

Tanda dan Gejala
Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).
Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:

• Demam
• Kesejukan
• Sakit kepala
• Letih
• Loya
• Muntah
• Sakit otot
• Ruam
• Sakit sendi.
 
Bagaimana Virus Ini Merebak?

Penyakit chikungunya boleh dikatakan ‘bersaudara’ dengan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah kerana dibawa oleh pembawa yang sama iaitu nyamuk aedes sama ada aegypti mahupun albopictus. Masa inkubasi virus ini ialah dua sampai empat hari, sementara manifestasinya tiga sampai sepuluh hari. 
Bezanya, jika virus denggi menyerang pembuluh darah, virus chikungunya menyerang sendi dan tulang. Nyamuk aedes lazimnya akan menggigit seseorang yang telah dijangkiti oleh virus chikungunya dan memindahkan darah berkenaan kepada seorang mangsa lain yang sihat. 

Jadi, kenapa perlu bimbang?
Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya. Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali. Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.

Adakah seseorang itu boleh dijangkiti virus chikungunya beberapa kali dalam hidupnya?
Tidak. Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama.
Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus. 

Adakah seseorang yang telah dijangkiti boleh menularkan penyakit chikungunya kepada orang lain pula?
Tidak. Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.

Adakah ia boleh dirawat?
Seperti demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah penyakit chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi mengurangkan kesakitan).
Misalnya, pesakit diberikan ubat demam atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirehat yang cukup.
Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain. 

Bagaimana hendak mencegah virus ini dari terus menjangkiti orang lain?
Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan penyakit chikungunya, satu satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum. Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah: 

* Tidur menggunakan kelambu
* Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar
rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan
nyamuk aedes
* Pasang penghadang nyamuk pada tingkap
* Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga
* Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin
* Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.


*** sumber rujukan :-

2 comments :

  1. eh dh wujud balik demam ni ek? bahaya nih

    ReplyDelete
  2. lbh kurg cam2 r kak.. husband sy msk wad mgg lps tp doc ckp xtau sakit pe... tanda2 mcm dmm denggi ngn dmm ni...risau....

    ReplyDelete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)