Enjoy shopping & crafting with us..

Sunday, December 18, 2011

Handmake Craft : Tempahan Headband

Assalamualaikum...
Topik entry kita hari ni tentang tempahan headband yang telah kami siapkan. Alhamdulillah, DIA memberi kami rezeki yang kami tidak sangka2. ('',)
Kali ni kami masukkan 2 tempahan yang kami terima dari orang yang berbeza! Headband yang mereka berdua inginkan adalah yang simple tp semestinya sweet bila di sarungkan ke kepala baby. Checkitout.....

Tempahan Dari Kak Ikin.

Headband tempahan Kak Ikin
Headband ni kami gunakan getah yang sangat cantik ni. Getah ini harganya mahal sikit dari getah yang biasa kami gunakan sebelum ini. Tapi cukup sesuai untuk baby yang kecil lagi, mayb dalam lingkungan 2 tahun ke bawah. Kak Ikin hanya mahukan sekuntum bunga di jadikan sebagai perhiasan kepada headband beliau.
Gabungan warna merah dan putih serta butang bulan bercorak bunga menyerikan lagi kuntuman melur ini. Bunga melur ini kami serikan dengan 3 layer kelopak yang super cantik!

Tempahan dari Kak Ira.

Headband tempahan Kak Ira
Headband tempahan dari Kak Ira pula lebih kurang sama dengan Kak Ikin. Penggunaan getah yang sama cuma warna yang berbeza. Kak Ira juga memilih bunga mawar sebagai penghias headband tetapi hanya 2 layer sahaja. Kami menggunakan mutiara sebagai penaik seri bunga tersebut. Nama 'QASEH' sebagai empunya headband di abadikan bersama headband ini. Memang super cantik & pinky!

Okeylah, semoga koleksi headband kami ini memberi korang inspirasi untuk membuat tempahan kepada kami...hehehehe... Kalau ada sebarang komen, sila tinggalkan di ruang komen di bawah. Kalau nak order, isikan ORDER FORM... Nak tanya pe2 pun boleh join facebook & email kami...

Enjoy shopping with us...

2 comments :

  1. boleh pm saya headband mcm ni...? tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tolong email saya di qasehmuslimah.munirah@gmail.com...
      WhatsApp pun boleh di 011-24274941 @ PM sy di page QasehMuslimah.Munirah...
      (^_^)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)