Enjoy shopping & crafting with us..

Monday, March 25, 2013

Handmake Craft : Frame Felt Yang Cute!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kami mencuri masa sekejap untuk update blog. Bulan yang agak busy buat kami di QasehMuslimah-Munirah. Bukannya kami mengeluh tapi kami bangga sangat2! Respond yang kami terima dari customer & follower kami amat menggalakkan. Sales kami pun cukup baik dari bulan ke bulan! InsyaAllah, kalau terus-terus begini kami akan adakan promosi lagi.. Sama-sama kita berdoa ek... Korang pun teruslah sokong kami (^+^)

Untuk entry kali ni agak berlainan sikit berbanding entry sebelum ni. Kenapa ek? Sebabnya korang refer balik pada tajuk entry kami... Koleksi yang hendak kami share & secara automatiknya masuk dalam koleksi sales kami ialah FRAME! Kami berharap koleksi kami kali ni akan debooommmm macam koleksi2 kami yang lain!

FM 010313 : Frame Felt
Frame ni adalah wooden frame & kami hiasinya dengan felt! Ikutkan burung tu di jahit untuk di jadikan sebagai keychain tetapi tuan punya badan teringin burung tu bertenggek di frame ni so kami letakkan di hujung sebelah kanan frame tersebut...erm, cantik jugak kan?

Untuk frame ni boleh juga di jadikan DoorGift ataupun hantaran nanti. Senang cakap, ianya multipurpose! Terpulang kepada korang nak di gunakan untuk apa. Kami ada juga terima tempahan untuk di jadikan DoorGift. Frame yang kecil2 tu & mereka minta kami hiaskan sekali macam frame di atas ni...Memang cantik sangat2! Lain daripada lain... Memang berebut tetamu nak ambik buat kenangan...

Tuan punya frame ni tidak mahu terlalu crowded so kami hiaskan frame tersebut dengan gaya simple camni je. Simple is nice right? Ada juga customer kami mahukan frame tersebut di tambah dengan nama & perkataan manis-manis a.k.a. I LOVE U ataupun nama mereka sendiri & orang tersayang! Cantik juga... Macam-macam gayalah... Semuanya terpulang kepada permintaan..

Kalau korang berkenan sangat2, terus ke ORDER FORM kami. Jika korang ada sebarang soalan, boleh PM kami melalui page@FB, email di qasehmuslimah.munirah@gmail.com ataupun di ruangan komen blog kami. Semuanya hanya di hujung jari korang... (^_^)

enjoy crafting & shopping with us...  

12 comments :

  1. waaa.. ada frame lak.. cantikk.. cumeyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, sblm ni ambik order area ipoh & teluk intan je...so skrg ni bkk order utk worldwide lak..hehehe...cantik ek? thanks...
      nnt jom r shopping...promote kat family & kwn2 lak =)

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih banyak2... (^_^)
      nnt leh lah wat tempahan...promote kat family ngn kwn2 skali (^_^)

      Delete
  3. salam ziarah... comei frame tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlkmslm.. =) terima kasih kerana memuji..insyaAllah kami akan lebih memperbaiki mutu jahitan & kreativiti kami... =)
      jgn lupe promote kat family & kwn2...

      Delete
  4. comel la awak..saya pun penah buat frame daripada felt untuk dihantar ke Korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih =) jauh tu smpi ke Korea! insyaAllah, salah satu impian sy hendak pasarkan produk sy luar dari Malaysia 1 hari kelak...
      manalah tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu =)

      Delete
  5. Replies
    1. terima kasih banyak2...nnt promote la kat family ngn kwn2... =)

      Delete

Kami memerlukan komen dari kawan-kawan semua untuk memperbaiki & mengeratkan silaturrahim antara kita...
Terima kasih kerana luangkan masa ke blog kami (^_^)